Isu Kartel Daging Haram: Senator PAS Kemuka Usul Tergempar

Rentetan daripada isu kartel daging haram yang sedang hangat diperkatakan sekarang, YB Senator Ustazah Asmak Husin telah mengemukakan usul tergempar di Dewan Negara.

Di bawah Peraturan Mesyuarat 17 Dewan Negara, beliau mencadangkan Majlis Mesyuarat ditangguhkan dengan tujuan hendak merundingkan perkara tertentu yang berkenaan dengan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan.

Usul ini dijangka akan dibahas pada jam 1 petang nanti.

Sememangnya isu kartel daging haram ini menggemparkan kita semua khususnya umat Islam kerana ada dakwaan yang mengatakan isu kartel ini sudah berlangsung selama 40 tahun.
Kegusaran, kebimbangan dan kemarahan rakyat perlu diredakan segera.

Lantaran itu, Kerajaan amatlah wajar memberi penjelasan lanjut tindakan penyelesaian berkenaan isu ini.

Sumber: