Jijiknya! Polis bongkar jeruk mangga ‘lampu isyarat’ disimpan dalam longkang sebelah loji kumbahan

Polis bongkar jeruk mangga ‘lampu isyarat’ disimpan dalam longkang sebelah loji kumbahan.Polis Johor berjaya membongkar taktik sekumpulan penjaja jeruk jalanan menyorok produk tersebut dalam longkang berhampiran loji kumbahan sebelum dijual kepada orang ramai.

Bertindak atas aduan orang ramai, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Johor mengadakan Op Khas Penjaja Jalanan di sekitar kawasan Bandar Baru Uda, di sini, pada jam 2.30 petang semalam.

Ketua JSPT Johor, Superintendan M Kumarasan, berkata operasi tersebut bagi menangani isu penjaja jalanan.

“Ia sikap tidak bertanggungjawab dan memandang remeh isu kebersihan makanan serta risiko penyakit bahaya yang boleh disebarkan sekiranya ia tercemar.

Jijiknya! Polis bongkar jeruk mangga 'lampu isyarat' disimpan dalam longkang sebelah loji kumbahan

“Sikap individu yang mencari jalan mudah, meraih simpati pengguna jalan raya dengan menggajikan pekerja asing menjaja jeruk tanpa mengira risiko dan bahaya kepada diri sendiri serta pengguna, boleh mengundang kemalangan,” katanya.

Kumarasan berkata, aktiviti menjaja di jalan awam adalah menyalahi peraturan serta undang-undang dan mereka yang menjalankan urusan jual beli di lokasi terbabit boleh diambil tindakan mengikut Kaedah 10A (1) dan Kaedah 10A (2) LN 166/59 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000.
TONTON :

BACA:

Aliff Syukri akui tak sempat cuci pun lepas buang air besar..

Cara tukar Password MyBSN, elak orang ‘hack’ akaun anda

Syura berdendam dengan Nana selepas disaman penyanyi itu?