Jodoh kuat, perbezaan usia 26 tahun tidak halang gadis muda ini terima lamaran “pak cik”

Jodoh kuat, perbezaan usia 26 tahun tidak halang gadis muda ini terima lamaran “pak cik”.
Jurang usia bukan penghalang untuk kecapi rasa bahagia dalam rumah tangga yang dibina, paling penting adalah keikhlasan dan rasa tanggungjawab pasangan itu dalam rumah tangga.

Hal yang sama dilalui seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @zalilasyafika apabila memilih pasangan hidup yang lebih berusia berbanding dirinya.

Suami 47 tahun, isteri 21 tahun.
Menurut @zalilasyafika, dia menganggap jodoh bersama suami kuat walaupun terhalang dengan usia serta status lelaki berkenaan.

Difahamkan, usia dia dan suami berbeza 26 tahun yang mana suaminya berusia 47 tahun manakala dia pula baru 21 tahun.

Saling melengkapi antara satu sama lain, @zalilasyafika menyatakab bahawa usia bukan penghalang namun mereka yang lebih berusia ini lebih matang dari segi pemikiran berbanding mereka yang muda.

Jodoh kuat, perbezaan usia 26 tahun tidak halang gadis muda ini terima lamaran "pak cik"

@zalilasyafika #fyp#fypシ゚viral #cintakita ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Bagaimanapun, hubungan mereka turut diuji akan penerimaan anak-anak suaminya memandangkan usia @zalilasyafika yang masih muda.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen. Ada diantara mereka mendakwa wanita tersebut dilihat matang berbanding usianya malah ada juga yang berkongsi pengalaman sama dengannya.