Seorang wanita yang juga isteri dari wilayah Jiangsu, Beijing dekat China, mengambil kesempatan berlaku curang kepada lebih 300 lelaki selepas suaminya terlalu sibuk dengan kerjaya.
Wanita yang dikenali sebagai Zhang itu juga adalah ibu kepada dua orang anak dilaporkan kemurungan gara-gara sunyi.
Disebabkan itu, beliau mencari jalan untuk mengisi kekosongan dengan mencari kekasih gelap di media sosial.
Zhang dikatakan sudah menduakan suaminya sejak 2017 dengan menggunakan nama samaran Zhou Mo yang berstatus ibu tunggal bagi menarik perhatian lelaki.
Meskipun tidak meletak wajah sebenar di media sosial, karakter Zhang yang pandai menggoda telah memikat 300 lelaki hingga membolehkan beliau memperoleh wang sehingga 400,000 yuan (kira-kira RM249,000).
Taktik Zhang ini telah dihidu oleh salah seorang teman lelakinya yang membuat pemeriksaan latar belakang pada Ogos lalu. Tidak lama selepas itu, Zhang telah berjaya ditangkap.
Suami Zhang terkejut dan tidak menyangka isterinya sanggup melakukan sedemikian dibelakangnya, namun gembira kerana ia telah berjaya dibongkarkan.
Akibat daripada perbuatan itu, Zhang dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun lima bulan dan denda sebanyak 40,000 yuan (kira-kira RM25,000).
kredit era