Kawasan gurun di Arab Saudi mula menghijau

Kawasan gurun di Arab Saudi mula menghijau. Imej satelit Terra milik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya merakamkan keadaan luar biasa kawasan padang pasir di beberapa wilayah di barat Arab Saudi yang kini ‘menghijau’.

Sejak Disember 2022, beberapa bahagian di Riyadh telah menyaksikan kerpasan (hujan, hujan batu dan salji yang terhasil daripada pemeluwapan wap air) pada kadar yang hampir berterusan untuk tempoh yang lebih panjang berbanding tahun sebelumnya pada sudut luar biasa merentasi Mesir dan utara.

Kawasan gurun di Arab Saudi mula menghijau

Keadaan itu mengakibatkan ketidakstabilan atmosfera yang berulang di barat Saudi dan hujan lebat berterusan serta luar biasa menyebabkan kawasan gurun di Makkah dan Madinah mula menghijau.

Imej menakjubkan itu turut dirakamkan oleh satelit Sentinel-2 di bawah Program Copernicus, sistem pemantau bumi Kesatuan Eropah (EU).

BACA:

Pemain Thailand kena tembak laser di Stadium Bukit Jalil

Netizen cadang boikot selebriti ucap tahniah kepada Syamsul, Shuib pun kena