Kecoh budak perempuan ada 4 kaki, 4 tangan undang reaksi netizen

Kecoh budak perempuan ada 4 kaki, 4 tangan undang reaksi netizen

Seorang kanak-kanak perempuan yang lahir dengan empat kaki dan empat tangan akan menjalani pembedahan 40 jam untuk membuang empat daripada kakinya itu.

Lakshmi Tatma yang lahir bersama kembar dikelaskan sebagai parasit akan dibedah 30 pakar bedah bagi membuang dua kaki dan dua tangannya yang tidak berfungsi.

Kecoh budak perempuan ada 4 kaki, 4 tangan undang reaksi netizen

Kembarnya yang tidak berkepala itu bersambung dengan Lakshmi di bahagian pinggul.

Ia turut memiliki tulang belakang dan juga buah pinggang.

Doktor menyatakan, jika Lakshmi tidak dibedah, beliau tidak akan berjalan mahupun merangkak dan berkemungkinan besar tidak akan hidup melepasi usia remaja.

Lakshmi lahir di kawasan miskin di Bihar, India.

Ibunya, Poonam Devi bagaimanapun menganggap anaknya itu sebagai satu keajaiban.

“Lakhsmi adalah satu keajaiban. Namun, beliau adalah anak saya dan kami memutuskan beliau tidak boleh terus hidup dalam keadaan ini,” katanya.

Dr Sharan Patil yang akan mengetuai pembedahan di Hospital Narayana di Bangalore menyatakan, Lakshmi bernasib baik kerana beliau memiliki organ dalaman yang hampir lengkap.

“Sistem kerangkanya adalah cantuman dua tubuh yang bersambung di bahagian pinggang.

“Meskipun pembedahan ini menjanjikan beberapa cabaran kepada kami, ia bukanlah sesuatu yang boleh dikelaskan dalam pembedahan paling rumit.

“Namun, agak pelik kerana pencatuman dua tubuh itu amat sekata, seolah-olah ia adalah bayangan antara satu sama lain,” katanya.

Sebelum Dr Sharan bersetuju merawat Lakshmi, ibu bapanya, Poonam dan Shambu Das yang hanya bekerja sebagai buruh binaan dan memperoleh pendapatan RM3.50 sehari pada mulanya ditolak pelbagai hospital.

Pembedahan yang akan dilakukan dijangka menelan belanja RM690,000.

Keadaan Laskhmi turut disiar dalam siri Bodyshocks stesen televisyen Britain, Channel 4.
BACA:

“Tak nak orang gemuk”, Inspektor Sheila sindir Iqbal?

Seram juga bila kena macam ni ,dah habis makan baru sedar itu bukan kedai makan tapi…….