Kecoh Hafreez Adam meninggal dunia, sekali tuan badan buka mulut sekolahkan blogger

Kecoh Hafreez Adam meninggal dunia, sekali tuan badan buka mulut sekolahkan blogger.

Pelakon, Hafreez Adam meluahkan rasa kesal berikutan berita palsu tentang kematiannya yang tersebar baru-baru ini.

Dapat tahu dari kenalan

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata dia mengetahui mengenai perkara tersebut selepas kenalannya bertanyakan tentang berita kematiannya itu.

Dapat voice note di WhatsApp tadi, ada kenalan tanya tentang berita dengan nada yang resah.

Ketika mengetahui tentang berita tersebut, pelakon drama Hati Perempuan itu terkejut kerana dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Aktor berusia 33 tahun itu juga menyelar tindakan segelintir blog yang menulis artikel palsu semata-mata demi meraih perhatian warganet tanpa memikirkan perasaan keluarganya.

Yang buat artikel atau tajuk macam ini, jangan macam-macam ya. Aku yang setenang-tenang itik berenang ini pun terkejut orang hantar artikel ini. Apatah lagi keluarga aku bila dapat ini.

Klik punya pasal, otak pergi tanam ya?

Sebelum ini, tular beberapa kali di media sosial berita palsu berhubung kematian selebriti tanah air antaranya Dato Aaron Aziz, Toki, Sherie Merlis dan ramai lagi.

BACA:

Bukan saja beracun, ini satu-satunya pokok dalam dunia boleh meletupkan dirinya macam bom dinamit ramai tak tahu

Jenazah terpaksa diangkut guna motosikal rupanya jalan berlubang macam ada di bulan sepanjang 13km