Keputusan keluar tapi tak runtuh Kerajaan

Keputusan keluar tapi tak runtuh Kerajaan.
Desas desus Ahli Dewan Undangan Meru YB Mohd Fakhrulrazi menyertai PKR telah kuat kedengaran beberapa hari ini.

Jika benar keputusan beliau, ia akan mengubah komposisi bilangan Ahli – Ahli Dewan Negeri Selangor mengikut parti selepas ini.

Gabungan Pakatan Harapan yang mentadbir kerajaan negeri diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (19 kerusi), DAP (16 kerusi) dan Amanah (6 kerusi) dengan jumlah kerusi keseluruhan 41 kerusi.

Manakala bagi pihak pembangkang, parti Bersatu mempunyai 6 kerusi diikuti oleh Umno (5 kerusi) dan Pas (1 kerusi) dengan jumlah keseluruhan 12 kerusi.

Dewan Negeri Selangor turut mempunyai Adun Bebas pasca Langkah Sheraton yang terdiri dari Adun-Adun Bersatu yang pro Tun M mewakili parti Pejuang yang pendaftaran surat beranaknya masih belum diluluskan oleh ROS.

Lainlah kalau keluar tu mencatatkan sejarah runtuhnya kerajaan negeri mahupun persekutuan. Ikut rekod parti tu banyak yang cipta sejarah. Betul ke tidak tak tahu la.

Sumber: http://tedongberbisa79.blogspot.com/…/blog-post_10.html…