Kerap kali kisah pergaduhan Sepahtu dijadikan sebagai content untuk tarik ‘view’, netizen pesan Jep lupakan je Shuib tu

Kerap kali kisah pergaduhan Sepahtu dijadikan sebagai content untuk tarik ‘view’, netizen pesan Jep lupakan je Shuib tu

Peminat seni hiburan kini dilaporkan mulai muak dengan siri perkongsian masalah melibatkan kumpulan lawak terkenal tanah air, Sepahtu.

Ini selepas salah seorang anggota kumpulan lawak tersebut, Jep yang didakwa sering menjadikan masalahnya dengan seorang lagi anggota kumpulan tersebut,

Kerap kali kisah pergaduhan Sepahtu dijadikan sebagai content untuk tarik ‘view’, netizen pesan Jep lupakan je Shuib tu

Shuib sebagai konten menarik view tontonan di platform media sosial.

Jep yang juga merupakan penyampai radio terkenal Sinar FM berkata, dia tak boleh lari daripada permintaan peminat yang mahu anggota kumpulan Sepahtu (Mamat, Shuib dan Jep) disatukan semula.

Memetik Oh!Media, Jep dengan tenang menjawab dia dah mencuba mengajak dan memujuk sedaya yang mungkin. Namun masing-masing sudah mempunyai kehidupan dan haluan sendiri.

Manakala, dia juga harus meneruskan kehidupan apabila menampilkan ahli baru di pentas lawaknya iaitu Pak Ya, Rahim dan Ebby Yus.

Pelawak ini berkata, agak susah untuk menyatukan kembali kumpulan Sepahtu disebabkan sudah ada komitmen dengan kerjaya masing-masing.

Kalau sorang tak nak buat, takkan saya nak berhenti nak berehat. Abang tak pandai berniaga. Inilah tempat abang cari makan jadi abang kena harus berjalan.

Suami kepada Sari Yanti ini memohon peminat menghormati keputusan yang telah diambil mereka. Janganlah disebabkan sesuatu isu, dirinya perlu berhenti melawak kerana melawak adalah periuk nasinya.

Di kesempatan itu, Jep bersyukur kerana ada pelawak lain yang boleh membantunya untuk meneruskan program Sepahtu Reunion.

BACa:

Syarikat gergasi sarung tangan getah umum tutup operasi di Kedah, ini punca ramai rakyat Kedah tak tahu