Kes COVID-19 kini cecah 300,000 di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 2,437 kes baharu COVID-19 direkodkan sehingga jam 12 tengah hari Ahad.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 300,752 kes di negara ini sekali gus melepasi angka 300,000 kes.
Bagaimanapun, sebanyak 3,251 kes sembuh direkodkan dengan jumlah kumulatif kes telah sembuh sebanyak 273,417 kes setakat ini.