Kisah wanita sanding tanpa pengantin lelaki ini jadi tular, dah la belum akad nikah
Setiap orang pastinya mengimpikan detik indah apabila disambut sebagai ‘Raja Sehari’. Namun sebagai manusia kita hanya mampu merancang, tetapi hanya Maha Esa yang boleh menentukan rancangan itu berjalan lancar atau sebaliknya. Lebih-lebih lagi apabila kadar jangkitan wabak Covid-19 di Malaysia semakin tinggi sejak akhir-akhir ini.
Sanding tanpa nikah & pengantin lelaki…Terima kasih ayah teman berarak sampai ke meja makan beradab
Baru-baru ini, tular kisah seorang pengantin wanita yang bersanding seorang diri tanpa bernikah dengan pasangannya. Sebaliknya, dia ditemankan oleh bapa tercinta berarak masuk ke meja makan beradab. Peristiwa menyentuh hati yang dikongsi oleh Nurulaini Najwa di aplikasi TikTok berkenaan malah telah meraih lebih 2 juta tontonan setakat ini.
Persiapan dah 99%, tapi pengantin lelaki dikuarantin pula…katering nak cancel pun dah last minute, kami tetap teruskan
@nrlndzri27/02/2022 Terima kasih ayah teman orang berarak sampai ke meja makan beradab. Minta dihalalkan setiap titisan air mata ayah yang jatuh 😥♬ Pasti – Cherpen Band
Bercerita lanjut mengenainya, Nurulaini Najwa dedahkan bahawa pernikahan sepatutnya berlangsung pada 27 Februari lalu. Namun tanpa disangka-sangka, pengantin lelaki diuji perlu menjalani kuarantin ekoran positif Covid-19 kurang seminggu sebelum akad nikah. Gara-gara persiapan 99% lengkap dan tidak boleh batalkan last minute, maka kedua-dua belah pihak sepakat teruskan juga dengan niat sedekah kepada tetamu yang hadir.
Akhirnya selamat nikah 2 hari lepas tarikh asal
Namun mujurlah suaminya tidak mengalami gejala dan disahkan negatif usai tempoh kuarantinnya tamat. Kedua-dua mempelai kemudiannya selamat diijab kabulkan 2 hari selepas tarikh sepatutnya iaitu pada 1 Mac lalu. Di samping bersangka baik dengan musibah wabak, Nurulaini juga akui tetap bersyukur kerana semua urusan berjalan lancar walaupun tertangguh seketika.
@nrlndzri Reply to @nrlndzri ♬ Mengukir Cinta – Maidany
Tonton:
Berita Lain:
Tergamam wanita ini jumpa hampir RM100 Ribu tepi bukit masa tengah hiking
Iqram cekik pelakon Mona Ellen sampai digelar ‘psiko terlampau’, ini jawapan tuan badan
Berjam-jam menderita cincin emas tersangkut, akhirnya ini yang dilakukan..