KJ Tak Akan ‘On Air’ di konti Hot FM selagi ada Konflik Dengan AG ? ini puncanya ramai nak tahu

Menerusi siaran langsung di TikTok, penyampai radio Hot FM, Khairy Jamaluddin yang juga bekas Menteri Kesihatan mendedahkan

Beliau tidak masuk ke konti radio kerana berlaku konflik antara dirinya dengan rakan penyampai radio, AG.

“Saya tak on air pagi ni sebab ada sedikit konflik di antara saya dan AG. Selagi konflik tak selesai,

KJ Tak Akan ‘On Air' di konti Hot FM selagi ada Konflik Dengan AG ? ini puncanya ramai nak tahu

saya tidak akan kembali,” kata Khairy atau KJ ketika membalas pertanyaan pengikutnya yang bertanyakan sebab tidak ‘on air’ di stesen radio, Hot FM.

Kenyataan KJ tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan menimbulkan tanda tanya mengenai konflik yang berlaku.

“Konflik apa? Sorry saya tak boleh beritahu pasal itu,” ujarnya.

Sementara itu, pihak Hot FM dan Media Prima Audio (MPA) sedang meneliti perkara ini.

Timbalan Pengarah Rangkaian Kumpulan MPA (Hot FM, Kool101, Digital), Shah Hayatudin, berharap agar semua kekal bertenang.

“Buat masa sekarang, pihak Hot FM dan MPA sedang menyiasat serta mencari punca apa yang sedang terjadi.

“Saya harap pendengar semua bertenang dan terus menyokong Hot FM. Sekiranya ada apa-apa perkembangan terbaru, kami akan maklumkan,” katanya kepada XTRA.

Sekadar info, KJ mula bertugas sebagai penyampai radio pada 15 Februari lalu menerusi segmen Bekpes Hot bersama rakan penyampai lain iaitu Fara Fauzana, Johan dan AG.

BACA: Guru Terkejut Dapat Mesej WhatsApp Pelajar Ajak Kahwin, ini tangkap layar perbualan geli geleman dibuatnya baca