Kos kenduri cecah RM213,000, pengantin ‘caj’ tetamu RM500 seorang. Tular Seorang model terkenal mendapat kritikan hebat daripada netizen berkaitan majlis perkahwinannya selepas tetamu yang hadir majlis tersebut dikehendaki membayar RM 500.
Memetik laporan media, kosnya mencecah ratusan ribu ringgit itu antaranya bagi menempah penggunaan beberapa ekor kuda putih, bayaran gaun pengantin yang mewah selain membeli sebentuk cincin yang bernilai RM 33,000.
Selain dari pada itu semua tetamu yang hadir di minta membayar yuran kehadiran sebanyak RM 500, mereka juga perlu membayar harga makanan yang disediakan di majlis tersebut selain perlu menanggung sendiri kos penerbangan dan penginapan di hotel berkenaan.
Perkara ini agak aneh apabila tetamu yang dijemput hadir untuk meraikan hari bahagianya dipaksa pula membayar caj-caj tertentu yang langsung tidak munasabah.
Sebelum ini juga kisah-kisah sebegini bukanlah sesuatu yang aneh memandangkan antarabangsa sebelum ini turut melaporkan kejadian yang sama pernah berlaku sebelum ini.
Dalam kad jemputan yang diterimanya, terdapat arahan yang meminta tetamu tidak membawa apa-apa hadiah untuk dihadiahkan kepada pasangan pengantin berkenaan.
Tambahnya lagi setiap tetamu diminta ‘mendermakan’ sedikit wang tunai bagi membantu menampung kos penganjuran majlis persandingan tersebut antaranya kos fotografi, dana untuk bayaran vendor dan juga tabung bulan madu.
Katanya lagi, memandangkan jemputan majlis berkenaan adalah seramai 125 orang, dia mengandaikan setiap tetamu ‘terpaksa’ mengeluarkan kira-kira USD 250 untuk ‘membantu’ meringankan beban yang perlu ditanggung pasangan berkenaan.
Sebelum itu, beliau dilapor telah membelanjakan sejumlah RM 213 ribu untuk majlis tersebut. Majlis berkenaan diadakan bagi meraikan perkahwinannya dengan seorang lelaki berusia 52 tahun dan majlis persandingan tersebut diadakan di Cape Verde.
BACA:
Perkahwinan kembali Jeniffer Lopez, Ben Affleck bikin Shila Amzah seram
Pelajar Universiti maut dibelasah penduduk kerana disyaki rogol nenek 100 tahun
Meerqeen dedah ada peminat dari Indonesia datang dari jauh untuk bertemu dirinya