Kutipan RM39.2 juta, Mat Kilau ekori rapat kutipan Munafik 2. Filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan (Mat Kilau) arahan Syamsul Yusof terus mencipta fenomena apabila mencatat kutipan sebanyak RM7.3 juta untuk satu hari tayangan semalam.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kutipan filem berkenaan selepas 10 hari ditayangkan di negara ini, Singapura dan Brunei sebanyak RM39.2 juta.
Tidak mustahil Mat Kilau mampu ‘mencantas’ kutipan filem tempatan paling laris ketika itu iaitu Munafik 2 yang juga arahan Syamsul yang memperoleh kutipan keseluruhan sebanyak RM48 juta membabitkan tayangan di tiga negara itu.
“Tiada kata. Alhamdulillah kutipan tiket Mat Kilau untuk semalam adalah RM7.3 juta dalam tempoh satu hari.
“Keseluruhan RM39.2 juta dalam tempoh 10 hari tayangan. Sejarah dan rekod baharu untuk tayangan filem Melayu. Kuasa Allah. Terima kasih kepada penonton di Malaysia, Brunei dan Singapura. Terima kasih juga kerana masih percaya dengan sentuhan saya dan pasukan produksi,” katanya.
Perkongsian Syamsul di Instagram turut dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti tanah air serta peminat filem terbabit.
Sementara itu, Syamsul ketika dihubungi bagi mendapatkan komennya berhubung pencapaian itu memaklumkan dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Syamsul berhasrat mahu ‘mencantas’ rekodnya sendiri menerusi filem Munafik 2 yang juga lakonannya.
Sebelum ini, ramai menjangkakan Mat Kilau mampu mengatasi Munafik 2 yang mencatat kutipan RM48 juta membabitkan tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Di Malaysia, setakat ini Munafik 2 adalah filem paling laris sepanjang zaman apabila mencatat kutipan sebanyak RM37.7 juta.
Menurut Syamsul, dia memang sentiasa mahu bersaing dengan diri sendiri dan mengatasi rekod sebelum ini.
BACA:
Ini rupanya Eddie Hensem yang didakwa rapat dengan Sera, Shuk sibuk nak tahu
Kongsi kek pulak, aksi mesra Shuib dan Zara Zya kuatkan lagi sangkaan ramai