KWSP dah keluar, ini cara nak kenal scammer dengan mudah. Elakkan diri anda dari menjadi mangsa scammer. Kenali scam / penipuan dengan mengenali cara ia dilakukan (modus operandi) dan pelajari cara mencegahnya.
Di sini kami kongsikan senarai scam-scam popular di Malaysia serta penerangan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM tentang modus operandi setiap scam serta tips dan nasihat bagaimana orang ramai boleh mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan/scam tersebut.
Scam-scam berikut ialah Macau Scam, Tipu e-Dagang, Tipu SMS, Love Scam, Tipu Pelaburan, Pinjaman Tidak Wujud, Business Email Compromise (BEC) dan Phishing.
MACAU SCAM
Modus Operandi
Berikut adalah modus operandi atau bagaimana cara penipuan Macau Scam dilaksanakan:
- Scammer/pemanggil menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai pegawai polis, penguatkuasa, pihak bank atau syarikat perkhidmatan.
– Polis
– LHDN
– SPRM
– Kastam
– Mahkamah
– Pos Laju - Mangsa dikatakan terlibat dengan kes jenayah atau mempunyai tunggakan bayaran pinjaman bank, cukai dll.
- Mangsa diugut akan ditangkap dan didakwa. Mangsa diminta merahsiakan dari keluarga / rakan.
- Mangsa diarahkan menyerahkan maklumat bank atau membuat pindahan wang ke akaun yang lain bagi tujuan siasatan.
Tips & Nasihat
Cara mengelakkan diri dari menjadi mangsa sindiket Macau Scam:
- Jangan layan panggilan telefon yang tidak dikenali.
- Jangan biarkan pemanggil sambung talian untuk anda dan jangan hubungi nombor telefon yang diberi oleh pemanggil. Sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi balai, syarikat, organisasi atau institusi terbabit dan
- telefon sendiri untuk pengesahan.
- Jangan panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil, tanpa terlebih dahulu menghubungi pihak polis atau institusi terbabit.
- Beritahu pasangan, ahli keluarga atau rakan.
- Jangan dedahkan maklumat perbankan (nombor akaun bank, nombor kad ATM atau kad kredit, no. pin dll.) kepada mana-mana pihak.
TIPU E-DAGANG (Jual/Beli Dalam Talian)
Modus Operandi
Berikut adalah modus operandi Tipu e-Dagang atau jual/beli online:
Mangsa adalah PEMBELI
- Mangsa melihat tawaran iklan di media sosial.
- Scammer/penjual menawarkan barang dengan harga jauh lebih murah dari harga pasaran.
- Mangsa membuat bayaran dan tidak terima barang yang dibeli.
- Mangsa juga gagal menghubungi scammer/penjual.
Mangsa adalah PENJUAL
- Mangsa dihubungi scammer/pembeli yang berminat untuk membeli barang jualan mangsa.
- Scammer/pembeli mendakwa telah terlebih membuat bayaran dan meminta mangsa memulangkan baki wang.
- Scammer/pembeli menunjukkan resit bank palsu untuk meyakinkan mangsa.
Tips & Nasihat
Cara mengelakkan diri dari tertipu:
Berhati-hati dengan tawaran ‘Too Good To Be True’ atau harga murah.
Pilih laman web yang dipercayai dan mempunyai jaminan keselamatan.
Semak review dan testimoni pengguna.
Bagi penjual, pastikan anda menyemak transaksi akaun bank anda untuk mengesahkan bayaran masuk. Jangan semata-mata percaya kepada resit yang ditunjuk pembeli.
Semak no. telefon / akaun bank di SEMAKMULE.
TONTON:
BACA:
Kerjasama PAS dan PH : Ini respon Hadi Awang
PASLeaks : Akhirnya Ismail Sabri jawab
Bantuan khas: Senarai penerima yang layak terima RM1,000 hujung bulan ini