Pelbagai langkah politik telah dilakukan politikus sehingga membelakangi nilai-nikai demokrasi. Politik Malaysia masih berkisar perbalahan “dinosaur-dinosour” politik yang sudah lama bertapak dalam arena politik.
Suasana demokrasi di negara semakin hari seolah-olah makin hilang daripada keharmonian. Sampai bilakah keadaan ini akan berlarutan? Adakah rakyat semakin hilang kepercayaan kepada demokrasi berparlimen?
NextStepMalaysia datangkan tokoh wanita muda daripada Wanita Muda Amanah (WARDA) dan Srikandi Keadilan iaitu Saudari Najihah Muhaimin Naib Ketua WARDA Nasional bersama Saudari Wan Zulaika, Srikandi Keadilan Negeri Sembilan yang akan membicarakan Wanita Muda Selamatkan Demokrasi.