“Menu Rahmah Rahmatullah dah”, Komen biadab penyokong ‘Parti Islam’ undang kecaman netizen

“Menu Rahmah Rahmatullah dah”, Komen biadab penyokong ‘Parti Islam’ undang kecaman netizen

Malam tadi, negara dikejutkan dengan berita pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub sekitar jam 9.23 malam semalam.

Allahyarham sebelum ini mengalami kemerosotan kesihatan sebelum dikejarkan ke hospital pada Jumaat lalu.

"Menu Rahmah Rahmatullah dah", Komen biadab penyokong 'Parti Islam' undang kecaman netizen

Pemergian arwah diumumkan sendiri oleh anak perempuannya, Fatihah Salahuddin menerusi satu hantaran di Facebook di mana Salahuddin telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah setelah menjalani pembedahan otak.

Berita pemergian Allahyarham sudah pasti menimbulkan perasaan sedih terutamanya dalam kalangan rakan politik dan penyokong parti Amanah terutamanya serta seluruh rakyat Malaysia.

Namun, sikap sesetengah individu di media sosial yang biadab dan bermulut celupar ketika meninggalkan komen mengenai pemergian arwah menjadi buah mulut warga maya sejak semalam.

Image

Ramai netizen berasa tidak puas hati dan geram dengan sikap individu yang tidak mempunyai simpati dan sempat memperolokkan kematian seseorang meskipun berbeza fahaman politik.

Kata mereka, ada tempat dan waktu yang sesuai untuk bertelagah tentang perbezaan fahaman politik atau mahu menunjukkan rasa tidak puas hati, namun bukan ketika seseorang itu dilaporkan meninggal dunia seumpamanya.

BACA: “Aku mimpi ngeri lepas 4 hari kahwin, masa pegang telefon suami, ada panggilan telefon dengan nama yang mencurigakan, bila aku cuba angkat tapi tiba-tiba”