Kemalangan di jalan raya melibatkan pemandu mabuk sering terjadi. Malah, saban hari peningkatan kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dan motosikal semakin meningkat.
Terbaru, pihak polis mengesahkan seorang pemandu mabuk yang menaiki kenderaan jenis Hilux telah melanggar penunggang motosikal jenis EX5. Lebih menyedihkan lagi, mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Seri Kembangan pada 11.30 malam apabila suspek lelaki berusia 52 tahun melanggar seorang penunggang motosikal berusia 22 tahun dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Difahamkan, suspek terbabit dikatakan melanggar seorang lagi penunggang motosikal yang mengejarnya ketika cuba melarikan diri selepas terbabit kemalangan itu.
Menurut laporan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur iaitu Asisten Komisioner Zulkefly Yahya memaklum dia menerima laporan pada jam 11.22 malam.
Difahamkan, semasa tiba di Lebuhraya Bukit Jalil, penunggang itu bertindak menghalang kenderaan suspek dan berhenti di hadapan kenderaan berkenaan.
Katanya, suspek berhenti secara mengejut dan melanggarnya menyebabkan dia cedera di paha, bahu dan jari kanan akibat dihempap motosikal.
Sumber: OhBulan!