Muhyiddin letak lah jawatan: Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melabelkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan paling tidak stabil dalam sejarah Malaysia.

Menurutnya yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), kerajaan PN hanya memiliki majoriti tiga kerusi sahaja dalam Dewan Rakyat.

 

“Kalau dua orang (ahli Parlimen) sahaja lompat masuk Pakatan Harapan (PH) saya ingat kerajaan PN akan jatuh.

“Ini menyebabkan kerajaan tidak boleh tumpu kepada pemerintahan sebaliknya sepanjang masa guna (kekuatan) untuk pertahan diri supaya tidak jatuh,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Khamis.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/118040/BERITA/Politik/Kerajaan-PN-paling-tidak-stabil-dalam-sejarah-Malaysia-Tun-M