Muhyiddin tak perlu risau, ragu sokongan BN

Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Parlimen parti itu dipercayai untuk membincangkan tentang sokongan terhadap Belanjawan 2021 di Menara Dato’ Onn di sini petang ini.

Difahamkan mesyuarat yang bermula jam 3.30 semalam tadi itu turut dihadiri Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Antara pemimpin yang paling awal tiba adalah Ahli Parlimen Tenggara yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba iaitu pada kira-kira jam 3 petang.

Ia disusuli Pengerusi Lembaga Penasihat BN yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba kira-kira jam 3.20 petang.

Pemimpin lain yang turut hadir adalah Ahli Parlimen Sembrong merangkap Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Mesyuarat itu berlangsung kira-kira sejam sebelum kebanyakan ahli Parlimen dilihat meninggalkan bangunan itu mulai jam 4.30 petang.

Belanjawan 2021 dijangka akan dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sidang Dewan Rakyat, Jumaat ini.

Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) telah mengadakan mesyuarat sama pada 29 Oktober lalu diikuti Perikatan Nasional (PN) pada Ahad lalu.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/108274/KHAS/Belanjawan-2021/BN-adakan-mesyuarat-khas-bincang-Belanjawan-2021