Neelofa kongsi gambar ‘sweet’ PU Riz, pakaikan inai ditangan

Neelofa kongsi gambar ‘sweet’ PU Riz, pakaikan inai ditangan. Pasangan selebriti, Noor Neelofa dan Muhammad Haris bin Mohd Ismail atau biasa disapa PU Riz sememangnya kerap menjadi perhatian media.

Mana tidaknya, populariti mereka amat dekat dengan peminat walaupun masing-masing sudah jarang berada di kaca televisyen.

Posting yang dikongsi mereka di media sosial terutamanya Neelofa kerap menjadi bualan peminat yang mengagumi selebriti dan juga usahawan berjaya ini.

Pakaikan inai di jari isteri

Terbaru, menerusi muat naik bekas pengacara Meletop itu di akaun TikTok miliknya, dia telah berkongsi momen di mana suami tercinta membantu memakaikan inai di kuku jari tangan.

Dapat dilihat Haris begitu tekun mewarnakan kuku isteri sehingga tidak perasan wajah khusyuknya dirakam Neelofa.

Neelofa kongsi gambar 'sweet' PU Riz, pakaikan inai ditangan

Sapa kata ustaz tak boleh nak sweet2

@neelofa Follow @nunha.co ♬ suara asli – zayn – zainul


Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat pasangan ini telah memuji tindakan sweet Haris yang melayan sahaja permintaan isteri.

Ada juga yang berkongsi momen bahagia yang hampir sama apabila sang suami membantu memakaikan inai di jari supaya lebih kemas berbanding memakainya sendiri.

BACA:

Basuh brokoli dengan cara ini, baru ulat semua hilang, ramai yang tidak tahu

Australia akan guna penanda jalan ‘Glow in the dark’, bantu pemandu waktu malam