Netizen dakwa ‘Food Rider’ memang suka langgar lampu merah, betul ke?.Tular di media sosial mengenai klip video dua penunggang (rider) penghantar makanan berlanggar sesama sendiri di satu persimpangan jalan kerana melanggar lampu isyarat.
Menurut maklumat dikongsikan pemilik kamera pemuka (dashcam), insiden berlaku di Jalan Alam Damai, Cheras, Kuala Lumput pada petang semalam.
Dalam insiden itu, rider Shoppe Food (beg jingga) bersama sekumpulan penunggang lain sepatutnya berhenti kerana lampu isyarat merah, tetapi masing-masing melanggar peraturan. Rider itu dirakamkan mahu menyeberang ke laluan bertentangan yang sedang dalam laluan lampu isyarat hijau.
Bagaimanapun, belum sempat melintas, muncul seorang rider GrabFood (beg hijau) memecut laju, dipercayai kerana lampu isyarat sudah bertukar daripada hijau kepada kuning. Akibatnya, kedua-dua penunggang tergolek atas jalan. Mujurlah masing-masing selamat, dan mungkin ada kecederaan akibat kemalangan tersebut.
Bagaimanapun, klip video tular tersebut tidak menimbulkan simpati netizen yang berpendapat kemalangan seumpama itu disebabkan melanggar lampu isyarat sudah kerap dilakukan rider makanan.
Tonton:
Berita Lain:
Pencarum tidak lagi dibenarkan keluar duit KWSP sebelum bersara
Faizal Ismail luah perasaan, “gaji puluhan ribu rasa tak cukup..”
Pegawai Polis berpangkat Inspektor ditemui mati, tembak diri sendiri