Noh jumpa Abdul Hadi kukuh Muafakat Nasional di Selangor

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen hari ini.

Noh dalam status di Facebooknya memaklumkan, tujuan pertemuan itu diadakan bagi menguatkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) Selangor dalam gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

 

“Saya pernah memberi komitmen untuk berjumpa Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan (Presiden) PAS (Abdul Hadi) dalam usaha ke arah ini.

“Semoga usaha ini dipermudahkan dan mendapat sokongan daripada sahabat semua terutamanya rakyat Selangor,” katanya

Muafakat Nasional Selangor akan berjumpa dengan DS Ahmad Zahid Hamidi dan DSHadi Awang untuk membincangkan mengenai pendirian dinyatakan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkenaan penetapan untuk tidak meninggalkan Bersatu.
MN Selangor telah berbincang dan membuat penetapan untuk tidak bertembung satu sama lain pada PRU akan datang malah pembahagian kerusi antara UMNO dan Pas juga telah selesai sepenuhnya dan buat masa ini tidak melibatkan Bersatu. Pembahagian kerusi telah dibincangkan dan jika Bersatu hendak meletakkan calon mereka tidak boleh mengambil kerusi UMNO dan Pas.
Sekiranya mereka tetap meletakkan calon di tempat ditandingi UMNO, kita akan bertembung manakala untuk Pas kita serahkan sepenuhnya kepada mereka.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/115210/EDISI/Noh-jumpa-Abdul-Hadi-kukuh-Muafakat-Nasional-di-Selangor