Pakcik Tua ini raih RM23,000 hasil cuci pinggan sahaja, duit simpan dalam guni je..

Pakcik Tua ini raih RM23,000 hasil cuci pinggan sahaja, duit simpan dalam guni je..

Tabiat menabung sememangnya sesuatu yang sangat baik dan harus diterapkan dalam diri sejak kecil lagi.

Hal ini supaya, kesemua duit itu boleh digunakan ketika mengalami masalah.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Menerusi laporan, seorang warga emas bernama Palyuri tinggal di Sumantera Barat, Indonesia berjaya mengumpul lebih sebanyak Rp 81,0000,00 atau lebih kurang RM23,000.

Pakcik Tua ini raih RM23,000 hasil cuci pinggan sahaja, duit simpan dalam guni je..

Warga emas berusia 81 tahun itu mampu mengumpul wang sebanyak itu menerusi hasil titik peluh mencuci pinggan mangkuk yang digunakan ketika penduduk setempat mengadakan sebarang majlis mahupun kenduri.

“Bantu mencuci p1nggan ketika majlis perkahwinan. Dia datang untuk memberi bantuan. Orang bagi dia duit dan simpan,” kata salah seorang jiran bernama Musleniyetti.

Selain itu, Musleniyetti juga berkata pada mulanya hanya lapan orang sahaja diperlukan untuk mengira tetapi, wang terlalu banyak dan bertambah kepada 16 orang pada hari kedua.

“Di lantai, dalam lipatan kain, di bawah bantal dan tilam. Semua dipenuhi dengan wang yang banyak,” jelasnya.

Wang yang sudah dik1ra akan disimpan ke dalam bank negara dan masih juga terdapat beberapa guni lagi yang masih belum dikira jumlahnya.

Palyuri juga difahamkan hidup sebatang kara dan tidak berkahwin. Segala pekerjaan dilakukan dengan gigih tanpa meminta atau ‘mengemis’ bantuan daripada masyarakat setempat dan mula menabung sekitar tahun 1990-an kerana
terdapat wang-wang lama di dalam simpanannya.

Tonton:

BACA JUGA:

Wanita ini kongsi mengapa perlu buka lampu tandas hotel waktu tidur, ini 3 sebabnya

Peminat teruja dengan kehadiran Proton X80 dan X90, bakal ganti Exora

Penduduk panik lihat Villa misteri tiba-tiba sahaja muncul

[/bg_collapse]