Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata dia telah meminta Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk tidak melakukan undi belah bahagi pada Belanjawan 2021 hari ini.
Ini kerana kata Anwar, dia tidak mahu dilihat menolak insentif baru yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Namun, Anwar berikrar pihaknya akan meminta undi belah bahagi diadakan semasa peringkat jawatankuasa ketika anggota parlimen membahaskan perbelanjaan setiap kementerian.
Menjelaskan tindakannya setelah mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Anwar berkata gabungan itu tetap menentang belanjawan yang dibentangkan Perikatan Nasional (PN).
Ini kerana isu utama seperti perbelanjaan “tidak realistik” belum dijawab oleh Zafrul, katanya.
“Tetapi apa yang dilakukannya adalah mengumumkan geran dan elaun tambahan untuk barisan depan, petani, nelayan dan lain-lain.
“Itu menjadikan isu komplikated. Saya tidak mahu dilihat mengabaikan fakta bahawa menteri telah mengambil beberapa langkah, yang lebih diterima oleh rakyat.
“Walaupun Lim dan Mohamad mempunyai pandangan yang kuat, saya merayu mereka, berikan tugas itu, buat masa ini kita harus biarkan (belanjawan) terus berjalan,” katanya kepada wartawan di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Sumber:https://www.malaysiakini.com/news/552686