Panas!!! Bakul Makanan Lewat, Kakitangan Awam di salahkan

Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor telah semalam dilaporkan sebagai memberi “amaran keras” kepada kakitangan awam yang melambatkan agihan bantuan makanan.

“Amaran keras” ini seolah-olah mengatakan Kabinetnya sempurna, manakala pihak yang patut disalahkan adalah kakitangan awam yang lambat.

Ini pandangan netizen terhadap kenyataan Hajiji:

Kakitangan awam (frontliners) tak pernah abai tanggungjawabKomen di atas adalah komen seorang Ketua Balai Bomba. Pihak IniSabahBah.com telah menapis nama dan balainya, agar beliau tidak menjad mangsa politik dendam GRS.

Arahan dari Menteri-menteri GRS sendiri bercanggah, kejap hanya E-kasih, kejap semua dapat, kejap lagi untuk lockdown sahaja
GRS tidak ikhlas, Menteri ambil gambar bakul makanan untuk meraih sokongan politik

GRS tidak patut salahkan kakitangan awam, sebaliknya patut kerah jentera yang diguna sewaktu berkempen PRN
Salahkan diri sendiri kerana pecat MPKK

Ternyata, “amaran keras” Hajiji tidak diterima baik oleh rakyat Sabah. Sebaliknya rakyat meluat mendengar “amaran keras” tersebut.

Berita penuh :http://www.buletinsabah.com/2020/11/hajiji-beri-amaran-keras-petugas-lewat.html