Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bangun untuk pengundian belah bahagi di Dewan Rakyat hari ini dilihat mengundang rasa tidak puas hati rata-rata penyokong Pakatan Harapan (PH).
Selain Anwar yang juga Presiden PKR kesemua Ahli Parlimen parti itu serta DAP turut tidak menyokong undian belah bahagi terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021.
Hanya dua Ahli Parlimen Pejuang termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan kesemua 11 Ahli Parlimen AMANAH berbuat demikian.
Ini bermakna 13 ahli Dewan Rakyat sahaja yang berdiri untuk menyokong cadangan Mahfuz Omar (AMANAH-Pokok Sena) untuk undian belah bahagi.
Berikut senarai 13 Ahli Parlimen yang mengusulkan undian belah bahagi Belanjawan 2021:
Ahli Parlimen Pejuang:
1. Mahathir Mohamad (Langkawi)
2. Mukhriz Mahathir (Jerlun)
Ahli Parlimen AMANAH:
3. Mahfuz Omar (Pokok Sena)
4. Khalid Samad (Shah Alam)
5. Hanipa Maidin (Sepang)
6. Mat Sabu (Kota Raja)
7. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)
8. Hatta Ramli (Lumut)
9. Anuar Tahir (Temerloh)
10. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)
11. Hasanuddin Yunus (Hulu Langat)
12. Hasan Bahrom (Tampin)
13. Salahuddin Ayub (Pulai)