Takwim penggal keempat belas 2021 sidang parlimen telah dikeluarkan dan akan dimulakan dengan Titah Diraja oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 10.00 pagi.
Walaubagaimana pun, tiada sesi perbahasan pada sesi petang. Parlimen akan bersambung pada 9 Mac 2021 dan akan berakhir pada 8 April 2021.
Pada 24 februari 2021, Agong telah bertitah Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.