Patutlah semut suka sangat berkampung dan bersarang dalam barang elektrik, ini sebabnya

Patutlah semut suka sangat berkampung dan bersarang dalam barang elektrik, ini sebabnya

Pernahkah anda alami situasi di mana kebanyakan barang dan perkakas elektrik di rumah anda dikerumuni semut?

Lebih pelik lagi, haiwan kecil tersebut didapati ‘suka’ berkampung di sana, siap bersarang lagi.

Patutlah semut suka sangat berkampung dan bersarang dalam barang elektrik, ini sebabnya

Puas sudah kita halau, guna racun dan sebagainya. Sudahnya tidak lama selepas itu, ia datang semula macam tiada apa-apa yang berlaku. Pendek kata, langsung tidak pernah serik.

Kenapa ya boleh jadi begitu? Apa yang membuatkan semut-semut ini sangat gemar dengan barang elektrik? Mari ikuti penjelasan oleh laman Facebook Public Health Malaysia (PHM) di bawah ini.

Gambar hiasan | Kredit: Google
Memang hairan melihat semut bersarang dalam kotak suis elektrik. Apa yang menyebabkan begitu banyak semut berkumpul di sana sehingga menyebabkan peralatan rosak?

Rupa rupanya, semut memang tertarik pada gelombang elektrik.. apabila mereka hampir, renjatan elektrik akan membunuh semut tersebut secara serta merta lalu membebaskan sejenis bahan kimia pheromones.

Bahan ini akan menarik lebih banyak semut untuk datang dan lebih banyak semut akan mati! Apabila terlalu banyak bangkai semut, barang elektrik akan rosak dan menyebabkan kerugian.

Untuk mencegah:-

Pastikan ruang ruang barang elektrik di rapatkan

Letakkan bahan penghalau semut di kotak elektrik

Sentiasa prihatin jika nampak semut mula berkumpul di barang elektrik

Lakukan pembersihan dengan berkala

BACA: “Aku mimpi ngeri lepas 4 hari kahwin, masa pegang telefon suami, ada panggilan telefon dengan nama yang mencurigakan, bila aku cuba angkat tapi tiba-tiba”