“Pengurus Besar CTT, Law Chun Ming mengesahkan, pemasangan VSAT akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 Disember ini.
“Selain itu, tiga menara telekomunikasi akan dibina berhampiran Kampung Gusi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
“Lokasi itu dinyatakan dalam dokumen tender yang dikeluarkan oleh SKMM pada 20 November lalu,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Sementara itu, SKMM turut meluahkan simpati terhadap insiden menimpa tiga pelajar berkenaan yang dilaporkan terjatuh ketika menyusuri jambatan gantung untuk mendapatkan rangkaian Internet bagi mengikuti kelas dalam talian.
Katanya, pihaknya sempat bertemu Ketua Kampung Gusi, Galam Abdullah untuk bertanyakan khabar keadaan ketiga-tiga pelajar berkenaan dan mendoakan mereka sembuh secepat mungkin.
SKMM turut menasihati semua pelajar supaya tidak membahayakan diri dalam usaha mencari capaian Internet.
Media
sebelum ini melaporkan tiga pelajar yang sedang mencari akses Internet untuk mengikuti kelas dalam talian, terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi, pada 23 November lalu.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 9 malam membabitkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut.
Akibat kejadian seorang daripada mereka patah kaki dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/647267/pelajar-jatuh-jambatan-gantung-cct-akan-pasang-satelit-mini