Pemilik kafe dedah nampak kelibat seperti Zalina Azman. Setelah sekian lama peristiwa kehilangan Zalina Azman, kini pula timbul pemilik kafe dakwa dikunjungi wanita seperti beliau .
Terbaru, berita kehilangan wanita itu seolah mendapat petunjuk apabila ada individu mendakwa melihat wanita seperti bekas pembaca berita itu pada Ahad lalu.
Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Mosyuki Borhan mendakwa melihat wanita itu di kafe miliknya iaitu Dos Cafe yang terletak di Seksyen 9 Shah Alam kira-kira jam 1 petang dalam keadaan menggigil ketakutan.
Malah, wanita itu memberitahu dirinya takut pada besi mungkin disebabkan didalam kedainya besi yang banyak terutama di pintu masuk. Dedahnya lagi, wanita tersebut berjalan laju seperti tiada arah tuju namun seolah mencari sesuatu.
Menurut Mosyuki lagi, dia turut terkejut apabila mengetahui mengenai perwatakan, saiz tubuh badan serta warna kulit dan pemakaian wanita itu sama seperti bekas pembaca berita yang dilaporkan hilang.
“Pekerja yang lain meminta wanita tersebut untuk duduk dan tenangkan diri dulu sebelum membuat pesanan. Dia tidak banyak bercakap tapi apa yang keluar daripada mulutnya adalah ‘saya takut besi’. Bercakap dalam keadaan takut, macam ada benda yang berlaku,” tulis lelaki itu.
BACA:
Individu hina Islam haram di solat jenazahnya – UAI
Makan mi segera dalam tren, Rapid KL tegur penuh kasih sayang
Nikah paksa, pengantin menangis lihat bekas kekasih datang bawa sejambak bunga