Pemuda dapat Jackport Ikan Buntal RM105,000 Seekor

Seekor ikan buntal boleh dianggap berharga RM105,000 apabila ia menjadi ikan terberat

Pada Pertandingan Memancing sempena Hari Malaysia di Pantai Rhu 10, Penarik, hari ini.

Ikan buntal 5.2 kilogram (kg) itu dipancing Zahri Mamat, 58, dari Kampung Felda Cherul sekali gus membawa pulang hadiah pertama iaitu wang tunai RM105,000.

Pemuda dapat Jackport Ikan Buntal RM105,000 Seekor

Zahri bersama ikan buntal yang dipancing seberat 5.2kg sekali gus memenangi hadiah wang tunai RM105,000. – Foto NSTP/Ahmad Rabiul Zulkifli

Sementara itu tempat kedua dimenangi Mohd Nabil Mamat Yunus, 40, dari Pasir Putih, Kelantan yang turut menaikkan buntal seberat 3.6kg dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Zahri berkata, dia seperti bermimpi apabila memenangi tempat pertama dalam pertandingan yang menawarkan hadiah paling besar itu.

“Saya terkejut apabila diberitahu ikan buntal yang dipancing dinobatkan ikan terberat.

“Sebelum ini jika dapat ikan buntal ia akan dilepaskan semula kerana tidak bernilai tetapi dalam pertandingan ia sangat berharga,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurutnya, dia tidak mempunyai perancangan khusus untuk menggunakan wang kemenangannya itu. Pada 2010, dia pernah menang tempat pertama pertandingan memancing yang menawarkan hadiah RM22,000.

“Selepas 13 tahun saya menang semula tetapi dengan hadiah yang lebih besar, duit itu akan menjadi simpanan waktu tua selain belanja keluarga dan kawan-kawan,” katanya.

Pada pertandingan itu, lebih 2,000 peserta yang mengambil bahagian bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

BACA: Korang Masih Ingat Tak Kereta Proton Tiara? kenapa dah tak nampak atas jalan raya