Pengurusan Twitter ‘huru-hura’ selepas Elon Musk jadi pemilik

Pengurusan Twitter ‘huru-hura’ selepas Elon Musk jadi pemilik. Ketua Eksekutif Twitter Inc, Parag Agrawal memberitahu kakitangannya bahawa masa depan firma media sosial itu kini tidak menentu selepas dibeli oleh bilionair yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk.

Beliau berkata demikian dalam sesi mesyuarat ‘town hall’ bersama kakitangan Twitter yang didengari Reuters.

Musk akan mengadakan sesi soal jawab bersama kakitangan Twitter pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Pada sesi mesyuarat itu, Agrawal banyak mengetepikan soalan berhubung kemungkinan pembuangan pekerja dan rasional lembaga pengarah di sebalik proses jual beli firma berkenaan yang sepatutnya dijawab oleh Musk.

Musk sebelum ini dilaporkan berkata Twitter sepatutnya menjadi platform kebebasan berucap. Kakitangan Twitter mengemukakan soalan kepada Agrawal, sama ada keputusan penggantungan penggunaan Twitter terhadap bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, akan ditarik balik sekiranya firma berkenaan diambil alih oleh Musk.

Pengurusan Twitter 'huru-hura' selepas Elon Musk jadi pemilik

“Sebaik perjanjian dimuktamadkan, kita tidak tahu arah tuju platform ini. Saya percaya apabila kita berpeluang untuk bercakap dengan Musk, ia antara persoalan yang perlu diajukan kepadanya,” kata Agrawal, merujuk kepada soalan berhubung Trump.

Agrawal turut memaklumkan kakitangan bahawa tiada perancangan untuk melakukan pembuangan pekerja.

Pengerusi Lembaga Pengarah Twitter, Bret Taylor, bertekad untuk memberi jaminan kepada kakitangannya bahawa pihaknya sudah memuktamadkan perjanjian dengan Musk untuk mengutamakan kelangsungan operasi sehingga proses dimeterai sepenuhnya.

“Saya rasa kita berada dalam keadaan selesa apabila (perjanjian ini) memberi ruang kepada kakitangan sedia ada untuk terus memastikan kejayaan syarikat tatkala proses sedang dimeterai dan transaksi dimuktamadkan,” katanya
TONTON :

BACA:

Zahid Hamidi saman Tun Mahathir

Aidilfitri bakal disambut Isnin, 2 Mei? Ini respon Jabatan Agama