Perjuangan ibubapa ini berhujan dan panas membuahkan hasil, anak yang hilang 13 hari akhirnya dijumpai

Seorang gadis bernama Dinna Ismalaily berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu telah dijumpai

Di perhentian bas Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor pada jam 9.26 malam tadi.

Kakak gadis tersebut, Dialiesa Irdina memuat naik satu hantaran di akaun TikToknya

Perjuangan ibubapa ini berhujan dan panas membuahkan hasil, anak yang hilang 13 hari akhirnya dijumpai

Beliau memaklumkan khabar adiknya telah dijumpai orang awam sebelum menghubungi keluarganya.

“Dapat saja panggilan dan gambar Lily, kami terus bergegas ke sana. Memang tak fikir apa dah. Syukur sangat. Buat masa sekarang keadaan mak saya sedikit lemah,” katanya.

Img 7783

Memetik sumber Harian Metro, kakaknya memaklumkan adiknya ditinggalkan seorang diri dalam keadaan lemah dan tidak ingat apa-apa, selain dilihat seperti orang dalam ketakutan.

“Alhamdulillah, adik saya sudah dijumpai. Dia ditinggalkan seorang diri dalam keadaan lemah. Apabila ditanya, dia tak ingat apa-apa.

Screenshot 2023 09 08 104513

“Dia juga masih memakai pakaian yang sama seperti kali terakhir dilihat sebelum dilaporkan hilang. Apabila mak sampai dan cuba bercakap dengannya, dia menjadi takut.

“Apa pun, terima kasih kepada semua pihak yang sudah membantu menghebahkan berita kehilangan adik saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda,” katanya.

Img 7783

Menurut Dialiesa, adiknya akan dibawa ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibawa pulang ke rumah.

Sebelum ini, tular mengenai seorang gadis yang didakwa tidak pulang ke rumah mereka di Kluang sejak 25 Ogos lalu.

Kakak dan ibu gadis itu aktif berkongsi maklumat mengenai kehilangan Lily di media sosial sehingga mengundang pilu masyarakat.

BACA: “Tiap kali ajak tidur di rumah kami, mak abah tak mau, dan bila saja tidur dirumah kami ada je dia tak suka, pernah sekali dia cakap..”