Perubahan Ketara Badan Seorang Menteri Cetus Tanda Tanya Netizen

Perubahan ketara tubuh fizikal Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun hangat menjadi bualan hangat di media sosial sejak semalam.

Kelihatan lebih langsing dan berseri-seri berbanding dua tahun lalu, pelbagai tanggapan timbul, ada yang mengatakannya hasil usaha diet dan ada juga yang mendakwa ia pembedahan ‘potong perut’.

Juga dikenali ‘potong usus’ atau ‘pintasan perut’, pembedahan mengecilkan perut atau dikenali bariatrik dibuat bagi individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan sukar untuk menurunkannya akibat faktor-faktor tertentu.

Menurut laman kesihatan Public Health Malaysia, bariatrik bukanlah pembedahan kosmetik untuk sekadar mahu kelihatan cantik dan kurus, tetapi lebih kepada memulihkan kesihatan bagi individu obesiti yang menghidap penyakit kronik.

“Pembedahan pintasan perut terbukti mampu mengurangkan berat badan sebanyak 60 peratus dalam tempoh dua tahun.

“Bukan sahaja penampilan fizikal akan bertambah baik, kebanyakan penyakit metabolik seperti kencing manis, kolesterol dan darah tinggi berjaya dikawal,” catat Public Health Malaysia di Facebook.

Katanya, selepas pembedahan pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan, menyebabkan tubuh mengambil tenaga daripada lemak badan sebagai ganti.

Disebabkan itu katanya berat badan akan turun, dan kesan positif mula kelihatan dari segi tekanan darah, tahap bacaan gula, dan kolesterol.

“Dari segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan keyakinan diri dan pengawalan emosi,” katanya.

Pembedahan bariatrik menurutnya bukanlah sesuatu yang baru di negara ini kerana beberapa selebriti tempatan popular juga pernah menjalaninya.

Antaranya penyanyi Aishah, cef selebriti Zam, pelawak Rahim Sepahtu, dan pengarah drama Micheal Ang.

kredit:https://www.projekmm.com/news/berita/2021/02/10/phm-dedah-prosedur-potong-perut-ramai-selebriti-jalani-pembedahan-bariatrik/1948647