Pilot MAS dipuji media asing, berjaya mendarat elok ketika taufan.
Baru-baru ini, tular beberapa klip video di media sosial, yang memaparkan sebuah kapal terbang Malaysia Airlines (MAS)
Mereka berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Heathrow, London ketika taufan melanda negara itu.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang Youtuber Big Jet TV, pendaratan yang cantik itu dapat dilihat secara langsung semasa London berdepan dengan taufan Eunice itu.
Pilot MAS dipuji media asing, berjaya mendarat elok ketika taufan
Tontonan video tersebut di YouTube Big Jet TV kini telah mencecah tujuh juta penonton dalam masa satu hari.
Our very own @MAS landing at Heathrow Airport during #StormEunice, 18 February 2022. Bravo to the pilot!!!👏👏👏
“Beautiful aeroplane!” – @BigJetTVLIVE pic.twitter.com/SUl24RQOUa
— Rekomen Filem🇲🇾 (@RekomenByAsrul) February 19, 2022
Selain itu, dalam video tersebut juga kita dapat mendengar suara seorang lelaki yang memuji kecantikan kapal terbang MAS semasa merakam pendaratan kapal terbang tersebut.
Sememangnya tugas utama juruterbang adalah untuk memastikan keselamatan penumpang. Sekiranya terdapat kecemasan semasa pesawat sedang dalam penerbangan, juruterbang diperlukan untuk membentuk dan melaksanakan pelan dengan cepat supaya kapal terbang kembali ke tanah dengan cara yang paling selamat.
Apabila juruterbang mendarat dengan sangat baik, ia secara langsung dapat mengelakkan dari berlaku apa-apa musibah yang tidak diingini, lebih-lebih lagi semasa taufan melanda
BACA: