Terkini !!! PKPB Melaka, Terengganu tamat hari ini

Kerajaan hari ini mengumumkan penamatan Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Melaka, Terengganu, Kedah kecuali Kulim, dan Johor kecuali Kota Tinggi dan Mersing.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri terbabit akan kembali bawah PKPP esok.

 

Keputusan dibuat selepas kes jangkitan di negeri itu menunjukkan pengurangan sejak PKPB dilaksanakan, berdasarkan penilaian 2 minggu.

“Keputusan itu dibuat selepas pihak Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penilaian risiko jangkitan Covid-19 dan mendapati kes positif menurun dan terkawal,” katanya.

PKPB bagi Kulim, Kota Tinggi dan Mersing diteruskan.

Di Kedah, sehingga 18 Nov, hanya terdapat 85 kes aktif yang direkodkan dan keadaan terkawal kecuali daerah Kulim yang masih melaporkan 23 kes aktif.

Di Melaka pula, sehingga kini hanya terdapat 48 kes aktif yang direkodkan dan keadaan terkawal.

“Sementara itu, di Terengganu secara kumulatif sejak 4 Nov sebanyak 230 kes positif Covid-19 direkodkan.

“Bagaimanapun, sehingga 17 Nov, hanya terdapat 19 kes aktif yang direkodkan dan keadaan terkawal, serta tiada kes sporadik dilaporkan dalam 14 hari kebelakangan ini,” katanya.

Bagi Johor pula, sehingga 16 Nov, kes aktif turun dan keadaan terkawal kecuali bagi daerah Kota Tinggi dan Mersing, dengan masing-masing melaporkan 36 dan 8 kes aktif.

Bagi negeri lain yang diumumkan PKPB sebelum ini, kawalan bersyarat diteruskan seperti biasa sehingga 6 Dis, kerana masih terdapat peningkatan kes.

“Sehingga 18 Nov, situasi semasa di seluruh negara masih menunjukkan trend peningkatan kes positif Covid-19 dengan jumlah kes aktif dan kadar kebolehjangkitan masih lagi tinggi,” katanya.

Kerajaan melaksanakan PKPB seluruh negara kecuali Pahang, Perlis, Kelantan, dan Sarawak bermula 9 Nov hingga 6 Dis.

Sumber:https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/20/pkpb-melaka-terengganu-tamat-hari-ini/