Pukul 4 pagi call akak ni nak tempah kek, sekali kena ‘sekolah’ dengan penjual

Pukul 4 pagi call akak ni nak tempah kek, sekali kena ‘sekolah’ dengan penjual

Tindakan seorang pelanggan mengganggu penjual dengan membuat tempahan kek pada awal pagi menerima kecaman daripada orang ramai.

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, seorang penjual kek berasa berang apabila ada pelanggan yang menghubunginya menerusi panggilan telefon sebanyak dua kali pada pukul 3.45 pagi untuk membuat tempahan kek.

Pukul 4 pagi call akak ni nak tempah kek, sekali kena 'sekolah' dengan penjual

“Sekarang pukul 4 pagi, semua orang tidur puan. Apa tujuan puan menelefon saya? Mahu tempah kek ikutlah waktu yang sesuai. Awal pagi biasanya panggilan untuk kes kecemasan,” kata penjual kek tersebut.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berasa berang dan mengecam tindakan individu tersebut.

“Pelanggan ni mungkin baru lepas buat solat sunat tahajud, sudah selesai urusan itu dia buat tempahan kek,” kata @PulangPerantau.

“Saya bukan peniaga tetapi jika ada orang menelefon saya waktu macam ini pasti saya akan marah kerana saya susah hendak lelap semula sekiranya terjaga,” ujar @ShazwanyWany pula.

“Fikir logik kalau hantar pesanan WhatsApp orang tidak jawab, buat apa hendak menelefon. Kalau ada boleh pergi hantar (pukul 4 pagi), awak makan ke kek pagi buta. Adab kena ada,” komen @JijaiAbdRahim.

Berita Lain:

Amerika namakan pesawat ini “Hari Kiamat”, ini sebabnya

Kisah wanita sanding tanpa pengantin lelaki ini jadi tular, dah la belum akad nikah

Akak ni nyanyi lagu ‘madah berhelah’ sambil gendong anak, kalah Ziana Zain!