Memiliki cahaya mata ataupun zuriat sememangnya impian bagi setiap pasangan suami isteri. Apa tidaknya, zuriat yang hadir dalam kehidupan suami isteri bagaikan memberi satu lagi sinar kebahagian kepada ramai orang terutamanya ahli keluarga.
Tidak semua orang berpeluang untuk dikurniakan zuriat, dan ada juga yang terpaksa menunggu dalam tempoh masa yang lama untuk menimang cahaya mata. Pun begitu, tidak seharusnya seseorang itu berputus asa kerana sekiranya rezeki anak itu sudah ditetapkan buatnya, pasti masa itu akan tiba akhirnya.
Begitu jugalah kisah seorang wanita yang terpaksa menanti selama 14 tahun sebelum disahkan hamil anak pertama. Dikenali sebagai Puan Salis, dia mengalami masalah datang bulan dalam tempoh yang lama.
Saya start period 2017 detect ada Amenorrhoea , lepas tu darah jadi kurang sebab saya period lama, 20 hari. Lepas tu sampai 6 bulan berturut-turut saya period, tak henti.

Menurut Puan Salis juga, keadaannya sebegitu menjadi lebih teruk pada tahun 2018 dan pada tahun 2019 dia mula mengalami tempoh period yang lama iaitu 6 bulan tidak berhenti.
Tahun 2018 jadi lebih teruk pastu 2019 jadi yang 6 bulan tak berhenti tu. Kemudian, saya ikhtiar untuk stopkan darah je sebab enam bulan secara terus terang dah tak bersama langsung sebab kita keluar darah kan.
Setelah sekian lama menantikan detik gembira tersebut, akhirnya ujian yang dibuat oleh Puan Salis menunjukkan ada sinar yang menceriakan wajah dirinya dan suami. Menurut Puan Salis, dia tidak menyangkakan bahawa dia telah hamil, malah suaminya sendiri turut membuat pemeriksaan kali kedua untuk memastikan detik gembira itu sememangnya menjadi kenyataan.
“Dah lama-lama tu saya sakit gusi, pergi klinik gigi, doktor tu tanya awak pregnant ke, saya cakap tak, pastu dia bagi la ubat tahan sakit, antibiotik. Lepas tu dua hari tu saya tak makan ubat , lepastu sakit sangat saya nak makan, kemudian saya scan UPT, scan-scan tengok dua lines. Saya dah macam cuak dah, betul ke tak betul ke.
Lepas tu suami saya pun test lagi dengan urine yang sama, dia pun test sendiri lagi. Dia pun tak percaya. Bila dah tahu tu saya macam nak nangis ke nak sedih ke tak tahu. Masa tu macam tergamam.
Pernah alami keguguran
Menurut Puan Salis yang menceritakan detik bahagia itu, dia juga pernah mengalami keguguran pada tahun 2015 yang mana ketika itu kandungannya kosong dan hanya terdapat kantung sahaja.
Saya pernah gugur pada tahun 2015, masa tu kandungan kosong, kantung saja. Itu yang sama macam fobia sikit kalau awal-awal ini tu memang saya diam je, tak kecoh-kecoh lagi. Sekarang dah Alhamdulillah 13 minggu nak masuk 15 minggu dah.
Akui merasa fobia dengan pengalamannya yang pernah keguguran, Puan Salis dengan kandungan yang sudah melebihi 15 minggu itu juga telah membuat pemeriksaan dan imbasan kandungan bagi memastikan zuriat yang dikandungnya berada dalam keadaan yang baik. Hasilnya, Puan Salis mengatakan bahawa keadaannya berada dalam keadaan baik dan meluahkan rasa syukur dengan kurniaan Allah SWT kepada dia dan suami setelah 14 tahun menanti.
Berhenti makan ikan keli
Berkongsikan tips yang diamalkan olehnya, Puan Salis mengatakan bahawa dia mengikut tips yang diberikan oleh Dr Raihana untuk tidak mengambil makanan seperti ikan keli, makanan dalam tin dan juga sumber makanan yang mirip estrogen.
Saya start part yang doktor cakap jangan makan ikan keli, saya tak makan lansung, walaupun ikan keli tu favourite saya la ikan keli tu. Saya juga minum avocado saya blend dengan susu, buah kiwi. Nak bagi telur tu matang kan.
Puan Salis yang berumur 37 tahun itu juga berkongsikan turut mengambil minuman tambahan untuk dirinya. Minuman yang dimaksudkan ialah susu Efferty yang dikatakan mempunyai pelbagai kebaikan terutamanya untuk kaum wanita.
Susu Efferty ini mempunyai pelbagai kebaikan untuk wanita iaitu seperti menstabilkan hormon haid dengan lebih teratur. Antara kebaikan lain bagi susu Efferty ini juga adalah memudahkan jumpa waktu subur yang khususnya bermanfaat kepada pasangan suami isteri.
Bagi menambah selera, susu Efferty ini didatangi dengan tiga jenis perisa iaitu coklat, strawberry dan juga original madu kurma. Minuman ini yang mula menempah nama di Malaysia sejak September 2019 sememangnya sudah tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia kini.

Susu Efferty kini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai sehingga 700 ejen. Tidak terkecuali, produk ini juga boleh didapati di Singapura dan juga Brunei.
Antara testimoni produk yang memberikan respon terhadap minuman Efferty adalah seperti berikut:
Jadi, apa salahnya untuk mencuba kan ? Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini, anda boleh layari laman Facebook Efferty HQ.
Di sini juga kami sertakan kisah Puan Salis yang telah disahkan hamil dan telah memasuki usia kandungan melebihi 15 minggu supaya dapat dijadikan inspirasi buat pasangan-pasangan yang masih berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata.
Sumber:https://siakapkeli.my/2020/11/25/saya-stop-terus-makan-ikan-wanita-tergamam-penantian-14-tahun-berakhir-disahkan-hamil-anak-pertama/