Rampasan ganja hilang, polis dakwa dimakan ‘tikus’ di balai

Rampasan ganja hilang, polis dakwa dimakan ‘tikus’ di balai. Pihak berkuasa India mendakwa kehilangan hampir 200 kilogram (kg) ganja rampasan yang disimpan di balai polis kerana dimakan tikus.

Hakim mahkamah Uttar Pradesh, Sanjay Chaudhary, yang dipetik BBC, memaklumkan tikus disifatkan sebagai haiwan kecil yang tidak ‘gentar’ dengan pihak berkuasa.

“Sukar untuk melindungi dadah daripada (tikus),” katanya secara sinis apabila menengar alasan polis.

Chaudhary memberitahu, apabila mahkamah meminta polis mengemukakan bukti, mereka memaklumkan sebanyak 195kg ganja itu ‘dimusnahkan’ tikus.

Difahamkan, ini bukan kes pertama membabitkan ganja kerana menurut Chaudhary, kira 700kg ganja yang disimpan di balai polis di daerah Mathura turut menerima nasib sama.

Rampasan ganja hilang, polis dakwa dimakan 'tikus' di balai

Beliau berkata polis tidak mempunyai kepakaran dalam menangani perkara itu memandangkan tikus ‘terlalu kecil’.

Pada 2018, lapan pegawai polis Argentina dipecat selepas mereka turut ‘menyalahkan’ tikus kerana kehilangan setengah tan ganja dari gudang polis.

Namun, pakar mempertikaikan dakwaan berkenaan dan menyatakan bahawa tidak mungkin tikus keliru di antara ubat dan makanan.

Malah, jika betul, sudah semestinya banyak bangkai tikus akan ditemui di gudang berkenaan.

Satu kajian yang diterbitkan pada 2019 mendapati bahawa, apabila tikus makmal diberi makan sebatian yang dicampur ganja, ia cenderung menjadi kurang aktif dan suhu badan juga turun.

BACA:

Kongsi pengalaman umrah, Bonda Rozita dedah perkara memalukan

Ramai puji Nelysa, sesuai jadi hos walau pertama kali datang MeleTOP

Punca kehilangan pelakon Azar Azmi terbongkar, “Benda ni sensistif”