“Rupanya itu solat terakhirnya..”, isteri cerita suami tetap solat walaupun tak berdaya

Rupanya itu solat terakhirnya..”, isteri cerita suami tetap solat walaupun tak berdaya .Setiap individu perlu menjalankan perintah Allah S.W.T itu kecuali jika berstatus kurang siuman atau tidak sedarkan diri.

Tunaikan kendiri solat adalah merupakan kewajipan untuk semua orang yang beragama Islam. Malah dalam apa jua keadaan

“Rupanya itu solat terakhirnya..”, isteri cerita suami tetap solat walaupun tak berdaya

“Rupanya itu solat terakhirnya..”, isteri cerita suami tetap solat walaupun tak berdaya

Selamat jalan suamiku

Detik-detik sebelum ajal beberapa jam kemudian, syurga menantimu menerusi satu perkongsian video TikTok, seorang lelaki yang sedang terlantar di sebuah pusat perubatan dilihat berusaha sedaya upaya untuk menunaikan rukun Islam kedua itu. Meskipun dalam keadaan yang agak tenat dan begitu lemah, namun dia tetap cuba untuk menghabiskan rakaat.

“Rupanya itu solat terakhirnya..”, isteri cerita suami tetap solat walaupun tak berdaya

Kenangan bersama Allahyarham

Walau bagaimanapun, beberapa jam kemudian lelaki tersebut difahamkan akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir selepas sekian lama bertarung dengan sejenis barah. Dalam pada itu, si isteri turut beberapa kali memuat naik posting mendoakan kesejahteraan suaminya yang baru pergi.

Disaat-saat akhir pun masih boleh solat lagi

Semoga amal iba dahnya diterima di sisi Allah S.W.T Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak setelah melihat amalan yang dilakukan Allahyarham. Selain meni tipkan doa serta ucapan takziah, ramai juga yang berkesempatan memberi sokongan moral kepada isterinya untuk mengha dapi peme rgian tersebut.

Secara keseluruhannya, rakaman sedih itu telah meraih lebih 14 juta tontonan. ALLAHU!

Sila baca perkongsian daripada Jabatan Mufti Terengganu berkaitan solat semasa sakit

Hukum Solat Orang Sakit
Solat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilakukan dalam semua keadaan kerana tidak ada keuzuran yang boleh meninggalkan solat kecuali hilang akal.

Namun, Islam telah memberi kelonggaran kepada pesakit-pesakit untuk melakukan solat mengikut kemampuan yang ada pada mereka sebagaimana yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Imran Husain bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Solatlah kamu dengan cara berdiri, jika kamu tidak mampu maka hendaklah duduk, jika tidak mampu juga, maka hendaklah kamu solat secara berbaring” (H.R. Jemaah)

Dan ditambah oleh an-Nasai: “Maka jika kamu tidak mampu juga hendaklah solat secara tidur terlentang”.

Berdasarkan kepada nas di atas, jelas menunjukkan bahawa orang yang uzur/sakit tidak mampu berdiri dibolehkan solat secara duduk dalam apa keadaan yang ia selesa. Sebagaimana dijelaskan dalam Kalam Jabatan Mufti yang lalu.

Seterusnya, jika tidak mampu duduk, maka hendaklah solat secara berbaring atas rusuk kanan dan muka serta dadanya mengadap ke arah kiblat. Jika tidak mampu berbaring atas rusuk kirinya dan muka serta dadanya mengadap ke arah kiblat, jika tidak mampu solat secara berbaring.

Maka hendaklah solat secara tidur terlentang dengan menghulurkan kaki ke kiblat serta mengangkat kepalanya dengan sesuatu seperti berlapik dengan bantal dan sebagainya bagi mengadapkan mukanya ke arah kiblat.

Ketika rukuk dan sujud pula, hendaklah membuat isyarat dengan kepala dan untuk sujud isyaratnya lebih rendah daripada rukuk, dan jika tidak mampu, maka hendaklah melakukan solat dengan isyarat melalui kelopak mata dan jika tidak mampu juga, maka hendaklah melakukan solat dengan ingatan dalam hati terhadap rukun-rukun dan sunatnya.

Sebagai contohnya, mengingatkan ia sedang berdiri, kemudian membaca al-fatihah, kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk di antara dua sujud, sujud kedua begitulah seterusnya pada rakaat-rakaat berikutnya.

Ini Berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu suruhan, maka hendaklah kamu lakukannya setakat yang kamu mampu”. (H.R. Muslim)

Kesimpulannya, orang-orang yang sakit wajib solat berdiri, jika tidak mampu boleh solat secara duduk, jika tidak mampu bolehlah solat secara tidur berbaring, jika tidak mampu bolehlah solat secara terlentang, dan membuat pergerakan isyarat kepala untuk rukuk dan sujud, jika tidak mampu, bolehlah solat menggunakan isyarat kelopak mata.

Dan jika tidak mampu juga, maka hendaklah solat dengan ingatan dalam hati. Oleh itu, jelaslah bahawa selagi akal masih ada, maka kewajipan solat tidak tergugur daripadanya.

BACA:

‘100 kali minta maaf tapi esok buat lagi’, Ibu stress anak asyik membuli, sekali lain pula jadi bila ibu hantar ke balai polis