Blackheads bukan kotoran. Ia adalah liang pori yang terbuka yang diisi dengan kombinasi kulit mati dan juga minyak “bila kulit terdedah pada udara, kemudia ia teroksida dan menjadi gelap,” jelas Jordana Mattioli, pakar kecantikan medical di NYC.
Bila boleh picit?
Tak seperti jerawat, blackheads tak ada kitaran hidup, bermakna ia sentiasa ada dan sedia untuk kamu picit. Nampak saja terus boleh picit.
Bagaimana nak buat?
1. Sental dahulu
Mulakan dengan eksfoliasi (Kate Somerville Liquid ExfoliKAte, RM300). “Lebih banyak kulit mati yang kamu tanggalkan, lebih mudah nak picit nanti,” jelas Mattioli.
2. Picit dengan bijak
Sebelum kamu mulakan, balut hujung jari yang nak memicit tu dengan tisu atau kapas supaya kamu tak gunakan kuku terus pada kulit dan sebarkan kuman. Kemudian picit perlahan-lahan. Elak jari terlalu rapat untuk beri laluan blackheads keluar. Syaratnya, kalau dah tiga kali kamu picit tak keluar juga, berhenti. Jika diteruskan kamu boleh merosakkan kulit atau terpecah kapilari yang boleh menyebabkan parut kekal atau kemerahan.
3. Elakkan ia kembali
Walaupun kamu dah picit keluar semuanya, liang porimu akan ‘terisi’ semula… Itu memang prosesnya. Pupur arang seperti Sephora Collection Rubber Mask, RM25 akan membantu melambatkan kemunculannya dengan menyerap lebihan minyak. “Ia takkan hilangkan blackheads sepenuhnya seperti kamu memicit tetapi ia membantu kurangkan penampilannya seminggu dua,” kata Mattioli.
Whiteheads
Apa pula whiteheads?
Campuran sel kulit mati dan minyak yang terkumpul di dalam pori yang tertutup. Tanpa pendedahan kepada udara, gabungan ini tidak teroksida seperti blackhead sebaliknya membentuk bonjolan putih (yang juga sukar untuk menahan daripada dipicit!).
Bila boleh picit?
Bila bintik atau kepala putihnya jelas kelihatan, ia dah boleh dipicit. Jika masih kemerahan, tunggu sehari dua lagi.
Bagaimana nak buat?
1. Panaskan dulu
Bukan bakar tapi selepas kamu mandi, atau lekapkan kapas dengan air suam di situ dan sapu pelembap paling pekat yang kamu ada pada bintik putih itu. Ia akan memerangkap haba yang kamu perlukan untuk melembutkan kulit agar extraction kamu kemas. Jika masih degil, pekapkan pelembap tadi dengan tuala hangat beberapa minit.
2. Grab a tool
Pengekstrak besi macam yang ada di sini akan membolehkan kamu picit dengan tepat dan kemas – basmi kuman dahulu dengan cecair antibakteria. ‘Kepung’ whitehead dengan gelung besi kecil dan tekan lembut. Jangan terlalu kasar takut nanti berparut.
3. Pastikan bersih
Bila whitehead dah keluar, letakkan ais beberapa minit untuk meredakan keradangan, dan pedap produk benzoyl-peroxide seperti Neutrogena Rapid Clear Stubborn Acne Daily Leave-On Mask, RM49.78 untuk bunuh bakteria jika ada. Jika kamu lihat kulit berkeping, macam luka kering, biarkan jangan kupil. Bila dikupil itulah yang meninggalkan parut.
Cysts
Apakah itu?
Bintik merah yang nampak macam nak meletup akibat liang pori yang tersumbat dek minyak, yang kemudiannya tersebar ke tisu sekeliling dan membentuk jangkitan. Selalunya ada pada dagu dan rahang (selalunya sebab hormon) dan boleh bertahan sampai beberapa minggu malah bulan.
Bila boleh picit?
Cyst adalah jenis yang takkan ‘masak’ dan tak ‘bermata’ jadi seeloknya kamu jangan picit sendiri . Serah pada yang lebih pakar untuk elak parut dan daripada menjadi lebih besar.
Bagaimana nak buat?
1. Rawat permukaannya
Tak banyak yang boleh kamu lakukan dengan jangkitan di bawah kulit jadi penting untuk kamu pastikan kebersihan permukaannya dan rawat dengan produk yang mampu menenangkan keradangan seperti First Aid Beauty Skin Rescue Daily Face Cream, RM100. Formula yang terlalu kuat akan buat kulit kering.
2. Tenangkan kemerahan
Jika ada krim untuk gatal dan ruam bolehlah gunakan sementara (CeraVe Itch Releif Moisturizing Cream, RM105.87) dan tuam dengan ais beberapa kali sehari untuk mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pedih dan bengkak.
3. berjumpa pakar
Kalau cyst itu menyakitkan atau kamu ada acara penting yang bakal berlangsung dan perlu ia dirawat segera, pakar kulit boleh memberi suntikan corticosteroid yang akan mengecutkannya dalam masa 24 jam. Kata Mattioli, suntikan itu boleh meninggalkan lekuk di bahagian yang ada cyst jadi dia cadangkan jangan buat kerap.
Sumber:https://cosmopolitan.my/nak-picit-jerawat-kami-tahu-caranya/