‘Sedekah tak perlu tunggu kaya’, Pak guard nak tapau makanan dengan modal RM5 je, sekali pemuda ini terus belanja lauk ayam undang reaksi netizen

‘Sedekah tak perlu tunggu kaya’, Pak guard nak tapau makanan dengan modal RM5 je, sekali pemuda ini terus belanja lauk ayam undang reaksi netizen

DENGAN kos sara hidup dan harga barang yang semakin meningkat, bukan mudah untuk mendapat makanan yang murah melainkan Menu Rahmah.

Apa yang pasti, pada masa ini bukan semua premis makanan menawarkan menu tersebut yang dijual pada harga serendah RM5.

'Sedekah tak perlu tunggu kaya', Pak guard nak tapau makanan dengan modal RM5 je, sekali pemuda ini terus belanja lauk ayam undang reaksi netizen

Jadi, apa yang boleh dibeli dengan sekeping wang kertas RM5 di tangan?

Ia menjadi persoalan seorang pemuda dalam pertemuannya dengan seorang pengawal keselamatan, di sebuah restoran.

“Ternampak guard ni ada RM5 je, makan apa je RM5? Nasi dan kuah je?” soalnya.

Pekerja restoran mengambil makanan untuk pengawal keselamatan.

Menerusi video berdurasi 58 saat, pemuda yang lebih dikenali sebagai Bang Jad itu merasakan pengawal keselamatan dipercayai warga Nepal itu harus dibantu.

“Betul-betul RM5 je ada. Jadi, Bang Jad terus gerak hati nak tolong guard ni.

“Saya belanja, kamu ambil je nasi putih, ayam kamu ambil. Tak apa, saya belanja. Kamu simpan je duit,” katanya.

Kelihatan pengawal keselamatan itu melipat wang kertas RM5 menggunakan kedua-dua tangannya seperti bimbang tercicir, mungkin kerana itulah satu-satunya wang belanja yang diperuntukkan pada hari berkenaan.

Pengawal keselamatan gembira mendapat nasi lauk ayam.

Kemurahan hati Bang Jad memberi peluang kepada pengawal keselamatan itu untuk menikmati hidangan makan malam yang lebih enak berlaukkan ayam.

“Sejuk hati dapat nasi ayam lauk campur. Gembiranya muka dia.

Kalau aku jumpa orang macam ni, aku mudah keluar air mata. Tahu kehidupannya kat sini cari rezeki.

@bang.jad Kalau korang nampak apa korang buat ? 😭#kongsirezeki ♬ original sound – Bang jad


NETIZEN
“Harap pertolongan Bang Jad dapat kenyangkan perut guard untuk malam ini,” katanya dengan video tersebut menunjukkan pengawal keselamatan berkenaan melambaikan tangan sebelum beredar keluar dari restoran.

Setakat ini, video yang dimuat naik di akaun TikTok @bang.jad meraih lebih setengah juta tontonan.

Pengawal keselamatan melambaikan tangan sebelum beredar.

Rata-rata netizen terharu dengan bantuan pemuda itu kerana menyedari pengawal keselamatan itu mencari rezeki di Malaysia demi meneruskan kelangsungan hidup dan menyara keluarga di kampung halamannya.

“Hidup ni memang keras. Kadang nampak macam ni terus je tak lalu nak makan sedap.

“Macam ayah sayalah sekuriti. Setiap kali pergi tempat kerja ayah, saya belanja dia makan. Walaupun dalam poketnya RM10 je.

“Sedekah tak perlu tunggu kaya, mantap.

“Serius aku tak sanggup. Kalau aku jumpa orang macam ni, aku mudah keluar air mata. Tahu kehidupannya kat sini cari rezeki,” komen netizen.

BACA:

“Jiran sebelah tiba-tiba hantar wasap ‘saya call awak, tapi awak nampak sexy jadi saya tak tau nak buat apa’, patutlah sliding door rosak rupanya dia punya kerja!”