Semua asyik complain tak habis-habis, yang berbual tactical ni dah berapa piala menang? – TMJ

Semua asyik complain tak habis-habis, yang berbual tactical ni dah berapa piala menang? – TMJ. Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada hari ini mengajak penyokong JDT untuk hadir beramai-ramai dalam sesi kelab bertemu penyokong, termasuk untuk membawa pakar taktikal di dalam bola sepak.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh TMJ dalam satu komen di akaun Instagram JOHOR Southern Tigers pada hari ini.

Sesi kelab bertemu penyokong bukan perkara asing bagi penyokong skuad Harimau Selatan. Malah ia sering diadakan dari masa ke semasa untuk memberi kemaskini terkini berkenaan perkembangan dan perancangan masa depan kelab.

Terbaru, sesi yang sama turut akan diadakan pada malam ini yang akan diadakan di bilik sidang media Stadium Sultan Ibrahim, bermula pada jam 8 malam.

TMJ kali ini berharap penyokong JDT turun beramai-ramai agar dapat berkongsi pendapat, dan bukan sekadar gah memberi komen di media sosial sahaja.

Semua asyik complain tak habis-habis, yang berbual tactical ni dah berapa piala menang? - TMJ

“Bagi soalan power power. Sila bawa orang expert bola sepak, fakta dan stats pada malam ini,” ujar TMJ di dalam sebuah komen.

“Jangan pandai dalam social media sahaja. Dulu bertahun tahun sikit sikit Mora Out. Sekarang nak Mora balik.

“Time Mora semua asyik complain tak habis-habis passing belakang, game slow, taktical tak bagus dan macam-macam lagi.

“Yang berbual tactical ni dah berapa piala menang?” Tanya Baginda.

Sehubungan dengan itu TMJ mahu agar penyokong yang mempunyai banyak pertanyaan dan kerap mempersoalkan pasukan agar menghadirkan diri pada malan ini agar Baginda juga boleh bertanyakan soalan.

“:Mari kita jumpa malam ini. Saya pun banyak juga nak belajar dari expert expert bola sepak tanah air ini semua,” tambah Baginda.

Selain itu TMJ juga mahu bertanyakan soalan mengenai prestasi pasukan yang tidak tergugat walaupun telah menggunakan khidmat 11 jurulatih dan ramai pemain sejak 10 tahun yang lalu.

“Anda rasa sebab apa? Bagi saya jawapan malam ini. Kita sama-sama kongsi pendapat. Jumpa malam ini wahai keluarga JDT ku.”

Komen daripada TMJ tersebut turut mendapat balasan daripada salah seorang pemain JDT, Mohamadou Sumareh yang berbangga kerana diberikan peluang untuk belajar daripada TMJ.

“Anda sentiasa memimpin kami dengan penuh penghormatan. Saya bangga kerana berkesempatan belajar kualiti ini daripada anda. Terima kasih kerana membimbing kami baik secara profesional mahu pun secara individu,” tulis Sumareh.

BACA:

”Dengan modal RM300 dapat 3D2N di Hatyai, kat Malaysia banyak kena scam je”

Harga jam Fazura seperti sebuah rumah banglo mewah?

Tular rakaman video letusan kecil gunung berapi di Sabah