Shahrol Shiro kena ‘serang’ dengan netizen setelah Ajak buka cerita, ini jawapan beliau. Sebelum ini, Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin ada menyatakan rasa terk.ilan dengan penyampai radio, Fizi Ali berhijrah ke stesen radio lain yang dikatakan dibuat pada saat akhir.
Katanya, ti.ndakan Fizi itu menyebabkan pihaknya perlu menanggung keru.gian sehingga RM 50,000 sebab perlu merombak kerja-kerja promosi Jelajah 90 Suria.
Terbaru, pelawak yang kini bergiat aktif dalam bidang p.olitik, Shahrol meminta stesen radio itu supaya profesional dan tidak mengeluarkan kenyataan berbaur n.egatif mengenai penyampai radio yang pernah berkhidmat di situ.
Dalam hantaran di Instagram itu, Shahrol turut mengaitkan i.su yang pernah terjadi kepadanya sebelum ini.
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah komen yang ditinggalkan penyampai radio yang juga rakan kumpulannya Ajak Shiro.
Komen yang ditinggalkan Ajak ini dilihat mendapat respon daripada Shahrol. Menurut Shahrol dia tidak perlukan sebarang sp.otlight sebaliknya bersuara apabila melihat ada sahabat yang diti.ndas.
Keputusan Fizi Ali meninggalkan Suria FM mendapat reaksi pelawak Shahrol Shiro yang mend.akwa pihak pengurusan stesen radio itu tidak profesional semenjak dia masih lagi bergelar penyampai saluran itu.
Perkongsian panjang lebar yang dikongsi oleh Shahrol itu kurang disenangi Ajak yang merupakan penyampai segmen Team Pagi Suria bersama Suraya Borhan.
“Awak bercakap dari sebelah pihak ke tuan? Hakikatnya tak berg.aduh pun. Perlu ke nak up i.su ini? Perlukan s.potlight ke?
“Buat benda yang lebih berkualiti, menyatupadukan. Bukan melaga-lagakan. Hakikatnya semua kawan. Kalau awak anggap mu.suh, biar seorang sahaja tak perlu ajak kawan,” komen Ajak.
Shahrol terdahulu berkongsi pengalaman perkhidmatannya bersama Suria FM sebelum ditamatkan gara-gara m.asalah dis.iplin.
Ajak dan Shiro yang sebelum ini pernah bersama dalam kumpulan Shiro dilihat cuba berkongsi pendapat masing-masing dalam perjalanan mereka bergelar penyampai radio.
Memberi respons terhadap komen Ajak itu, kata Shahrol pengundurannya telah membuka ruang rezeki buat Ajak yang ditawarkan ke Suria FM selepas berkhidmat dengan Hot FM.
Dalam komen balas lain, Ajak mend.edahkan dia pernah menangguhkan tawaran Suria FM kerana memikirkan persahabatan bersama Shahrol dan turut meminta pihak pengurusan stesen itu tidak meneruskan t.indakan s.aman terhadap sahabatnya kerana i.su dalaman.
Hari pertama saya keluar Hot FM saya dipelawa untuk sertai Suria. Dalam perbincangan untuk tukar gambar awak kepada saya. Atas dasar sahabat, saya pilih menganggur daripada ambil tempat awak.
Saya juga merayu pihak Suria tidak teruskan s.aman atas ma.salah lama awak. Hakikatnya selepas setahun awak tinggalkan barulah saya sertai Suria.
“Ini beza dengan apa yang awak buat pada saya waktu kita dapat tawaran Era awal karier dulu sahabat. Awak kata kita jangan terima. Saya percaya cakap awak dan saya tolak pelawaan radio nombor satu. Rupanya awak terima pelawaan itu dengan orang lain,” katanya.
Fizi yang sebelum ini bersama Ajak dan Suraya Borhan mengendalikan Team Pagi Suria mengumumkan pengunduran dan memulakan kerjaya di di stesen Hot FM bersama Fad di segmen Sembang Squad.
BACA: