‘Sifu Trading’ kantoi sewa kereta mewah demi nak tunjuk kaya

‘Sifu Trading’ kantoi sewa kereta mewah demi nak tunjuk kaya. Sebelum ini, seorang ‘sifu trading’ pernah tular kantoi gunakan jet peribadi mewah milik orang lain tetapi claim miliknya hasil daripada bisnes trading untuk mempromosikan bisnes miliknya.

Terbaharu, sebuah video perkongsian pengguna TikTok @faisaljofry bangga menunjukkan rutin kehidupan hariannya sebagai seorang pelabur pada usia 25 tahun.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dia ‘flex’ kereta mewah, tinggal di kondominium, mengajar ilmu ‘trading’ dari rumah dan juga mempunyai ‘work life balance’.

'Sifu Trading' kantoi sewa kereta mewah demi nak tunjuk kaya

Video terbabit telah tular dan dikongsikan kembali pengguna Twitter serta mendapat perhatian orang ramai. Perkongsian tersebut meragukan netizen dan ada netizen yang mendedahkan bahawa kereta mewah dipakainya itu adalah kereta sewa selepas semak di CTOS.

why I checked car number plate using Ctos it appeared rental company?😂😂😂 pic.twitter.com/GZ8lPyAeK3

— yaniee (@lady_bugg11) September 15, 2022

Segelintir netizen juga mengatakan ia hanyalah umpan untuk menarik minat anak muda yang mahukan hidup mewah. Malah, ada juga netizen yang mendakwa kebanyakan apa yang ditunjuk mungkin semuanya hanyalah dipinjam semata-mata untuk tujuan promosi.

BACA:

Dalam tempoh sehari harta naik RM23.58 bilion, billionaire India muncul orang kedua terkaya di dunia

1,000 orang kampung ini kini bergelar Youtuber

Raja Charles III terlepas dari bayar cukai kerana peraturan ini yang sengaja direka