“Tak nak orang gemuk”, Inspektor Sheila sindir Iqbal?
Sebelum ini, nama seorang wanita yang dipanggil sebagai Inspektor Sheila menjadi bualan ramai setelah videonya kurang ajar terhadap orang awam serta rakan sekerja tular di media sosial.
Selepas itu, namanya sekali menjadi perhatian susulan membuat status mencari peneman hidup tetapi perlu berjumpa dengan ayahnya dahulu untuk dapatkan restu.
Inspektor Sheila
Terbaru, sewaktu ditemubual oleh pihak Harian Metro, Sheila berkata dia lebih suka jika lelaki tersebut lebih muda serta mampu membuatkan sikapnya yang garang menjadi manja.
Sheila atau nama sebenar, Sheila Sharon Steven tidak menyangka statusnya itu mendapat sambutan ‘hangat’ dan dia sudah membaca kesemua mesej yang dihantar oleh beberapa lekaki tetapi belum sempat membalas ia lagi.
Lelaki itu kena fit, tak nak orang gemuk kerana apabila sudah berkahwin nanti saya akan tengok muka dia 24 jam.
Dalam pada itu, dia turut sempat berkata bahawa sama sekali tidak menyangka hidup berubah 180 darjah sejak menjadi ‘viral’ di media sosial.
Inspektor Sheila
Sekadar info, Sheila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal serta dua orang awam.
BACA:
“One day mama tanya, ‘kakak, kakak tak rindu papa ka?’ dan jawapan aku buat mama pun terdiam..”
“Lagi garang lagi saya suka” – Iqbal berhasrat lamar Inspektor Sheila jadi kekasih