Tak sangka! Rupanya ais krim vanilla boleh jadi penawar penyakit HFMD ramai tak tahu!
PENYAKIT jangkitan tangan, kaki dan mulut atau HFMD amat mudah berjangkit dalam kalangan kanak-kanak terutama sekali mereka yang dihantar ke taska.
Melihat kesan melepuh pada kulit anak pastinya membuatkan ibu dan ayah tidak keruan.
Penghidapnya juga akan berasa tidak selesa kerana rasa sakit yang menyelubungi terutama di dalam mulut.
Selain ubat-ubatan yang diberikan doktor, mungkin ibu-ibu boleh cuba petua tradisional yang dikongsikan seorang wanita di Facebook.
“Saya guna 100 peratus rawatan tradisional orang India, jiran saya yang bagi petua dan Alhamdulillah mujarab.
“Doktor pakar kanak-kanak pun puji sebab kesan lepuh kering elok,” katanya.
Ikuti langkah-langkah penyediaannya seperti berikut:
1. Ais krim vanila
Mula-mula sekali bagi anak makan ais krim vanila.
Ais krim dapat membantu meredakan luka di dalam mulut. Memang berkesan!
2. Air paip
Jemur sebesen air paip di bawah cahaya matahari.
Boleh letak bermula pukul 10.40 pagi hingga 1 tengah hari.
3. Sediakan serbuk kunyit dan daun semambu
Masukkan satu sudu besar serbuk kunyit dan daun semambu ke dalam air tadi.
Biarkan air paip tadi sehingga panas-panas suam.
4. Mandi air jemuran
Kemudian bagi anak mandi guna air tersebut.
Kemudian jangan bilas dengan air paip biasa pula ya!
Biarkan air kunyit dan daun semambu di badan anak untuk dijadikan penawar.
5. Daun semambu dan bedak sejuk
Ramaskan daun semambu dengan bedak sejuk.
Lumurkan pada tangan, kaki dan bahagian-bahagian yang dijangkiti.
Tapi pastikan tidak masuk ke dalam mulut.
Selepas dua atau tiga hari, jangkitan HFMD akan hilang dan kesan lepuh menjadi kering.
Bagaimanapun ibu-ibu harus ingat, petua yang dikongsikan ini hanya sebahagian daripada ikhtiar mengikut kesesuaian setiap individu.
BACA:
Menteri buat hal di KLIA, rupanya ini kisah sebenar ramai nak tahu