Tekini!!! Petrol naik 3 sen, diesel 4 sen

Setakat ni, harga RON97 memang masih jauh lagi bezanya dengan RON95. Tapi kalau beza seposen dua pun, berbaloi ke isi guna minyak hijau ni?

Ini dua salah anggap yang selalu dibangkitkan pasal RON97

1. RON97 tak semestinya tingkatkan prestasi enjin korang

Sebelum tu korang kena faham apa itu RON dan macam mana dia dapat gred masing-masing.

RON ni adalah singkatan bagi Research Octane Number, dan gred masing-masing diberikan bergantung kepada kebolehan dia untuk tahan kepadatan yang lebih tinggi (high compression level) yang membolehkan lebih banyak kuasa dijana. Biasanya cuma kereta mewah je yang dibina untuk RON97 ni, dengan kapasiti enjin melebihi 2,500 cc.

 

Jadi kalau korang pakai Mazda SkyActiv atau Ferrarri 458 Speciale tapi isi RON95, minyak tu mungkin tak mampu menahan “auto-ignition” dan “knocking”, dan boleh merosakkan enjin dalam jangka masa panjang. Sebab tu dia kena guna RON97. Dah lah beli kereta pun mahal, bayar minyak pun mahal.

Tapi bagi kebanyakan kereta lain, hampir takde beza pun daripada segi prestasi.

2. RON97 tak semestinya buat minyak korang tahan lebih lama

 

Satu lagi tanggapan umum pasal RON 97 adalah ia boleh buat minyak korang lebih tahan lama kalau korang nak jalan jauh. Perkara ni takdelah hitam putih seperti yang disangka, sebab ia masih bergantung kepada spesifikasi kereta. Paultan.org ada buat test drive sampai habis tangki dengan kedua-dua minyak ni, dan mereka dapati RON95 masih pilihan terbaik daripada segi penjimatan.

Sebenarnya, perkara paling besar yang mempengaruhi penggunaan minyak orang tahan adalah cara korang memandu. Kalau korang brek dan pecut mengejut, lepas tu selalu cucuk belakang kereta orang, memang cepatlah minyak korang habis. Tapi kalau korang pecut dan brek beransur-ansur, dan sentiasa ingat orang tersayang insyaAllah boleh tahan sampai ke kampung.

Sumber:FMT