Terjumpa anak kucing tepi jalan, rupanya spesies yang paling sukar ditemui

Terjumpa anak kucing tepi jalan, rupanya spesies yang paling sukar ditemui. Satu keluarga telah menyedari kewujudan seekor makhluk kecil yang menyerupai anak kucing baru dilahirkan ditepi jalan ketika mereka melihat dari tingkap rumah.

Menurut salah seorang ahli keluarga berkenaan, dia ingatkan haiwan itu merupakan seekor anak kucing yang biasa tetapi bila dilihat dalam jarak dekat, dia mula merasakan ia bukan kucing peliharaan yang biasa.

Susulan penemuan mereka, keluarga ini kemudiannya membuat keputusan untuk menghubungi Wildlife Friends Foundation (WFFT) untuk mendapatkan bantuan mengenalpasti serta merawat haiwan tersebut.

Pihak WFFT pun menghantar orang untuk membantu keluarga ini dan selepas dilihatnya, ternyata haiwan itu bukan anak kucing dosmetik yang biasa tetapi merupakan kucing penangkap ikan, salah satu spesies kucing liar yang jarang ditemui pada masa kini.

Meskipun begitu, mereka tiada idea bagaimana kucing itu boleh berada berhampiran dengan kawasan penempatan manusia, malah kelibat ibu kucing itu juga tidak kelihatan.

Terjumpa anak kucing tepi jalan, rupanya spesies yang paling sukar ditemui

Selepas organisasi penyelamat haiwan itu menghantar wakil untuk menyelidik, didapati anak kucing ini bukan kucing domestik biasa, tetapi kucing penangkap ikan atau spesies kucing liar yang pada zaman kini amat jarang ditemui.

Tidak lama kemudian, mereka mendapat jawapannya apabila keluarga itu mendedahkan bahawa mereka pernah menyelamatkan seekor kucing liar betina beberapa tahun lalu dan menjaganya sebelum melepaskannya kembali ke alam liar selepas dewasa.

Dan ini dibuktikan apabila baru-baru ini kucing penangkap ikan itu telah datang kembali ke keluaerga ini, dan didapati ada seekor anak kucing berada disebelahnya.

Sedikit info mengenai Kucing Penangkap Ikan:

Kucing penangkap ikan atau nama saintifiknya Prionailurus viverrinus adalah spesies kucing liar yang bersaiz sederhana. Mangsa dan makanan utama kucing ini ialah ikan.

Spesies kucing unik dan berbulu cantik yang sungguh mahir berenang dan menyelam. Kucing ini mempunyai jari kaki separa berselaput dan berkuku tajam untuk membantunya hidup dalam persekitaran separa akuatik.

Kucing ini agak garang dan akan melawan jika berhadapan dengan musuh. Kucing penangkap ikan hidup di kawasan tropika seperti di Asia Tenggara, juga ditemui di Asia Selatan seperti di Sri Lanka dan India, yang biasa berhabitat di kawasan air tawar seperti sungai dan paya bakau.

BACA:

Gamat bila rider foodpanda hantar makanan ke dewan kuliah, ini rupanya terjadi

Terperanjat Aaron Aziz lihat tikus besar di hotel, tapi ini respon pihak hotel

Pelaburan emas patuh syariah terbesar akhirnya bertukar jadi scam